Malaysian Attention Engine
Live wire
76Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan72General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar61Bantuan awal pendidikan BAP ditingkatkan kepada RM200 setiap murid61General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon60Budget 2027: Early schooling aid increased to RM200 for every student58Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m58General : Budget 2027: MYKOMUTER50, Free Passes And ECRL Phase 1 In Major Transport Boost57General : Budget 2027: PTPTN Loan Repayments Deferred For Borrowers Earning Below RM2,50056RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202755Suara pelajar, harapan untuk Belanjawan 202753Semua doktor yang tamat latihan siswazah ditawarkan jawatan tetap secara automatik52Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Fazley belum kahwini Vida, ambil kira banyak perkara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 13:00 MYTLatest activity 9 Oct, 13:00BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 48, menolak dakwaan kononnya dia sudah berkahwin dengan usahawan, Datuk Seri Vida (DSV) atau Hasmiza Othman. (Utusan Malaysia, 13:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Fazley belum kahwini Vida, ambil kira banyak perkara

By . AL FAIZAL ABDUL KARIM · 9 Oct, 13:00 MYT

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 48, menolak dakwaan kononnya dia sudah berkahwin dengan usahawan, Datuk Seri Vida (DSV) atau Hasmiza Othman.

Pemilik nama penuh Ahmad Fadzli Yaakob juga mengesahkan yang dia dan DSV belum mengikat tali pertunangan seperti didakwa.

“Alhamdulillah. Saya suka bila ada kata-kata manis dan doa-doa yang positif. Setiap kata-kata itu adalah satu doa. Jadi kalau kata kami dah kahwin, jawapannya belum. Bertunang pun belum.

“Adakah kami bakal disatukan? Itu memang perjalanan dan doa kami dan harapan, insya-Allah,” katanya ketika ditemui sidang media dan pelancaran Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 X Cuckootopia di Ballroom, Hyatt Regency Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Fazley memaklumkan dia mempunyai hasrat untuk segera berkahwin dengan DSV bagaimanapun mengambil kira banyak perkara sebelum disatukan.

“Kalau ikutkan, dua tiga minggu sebelum ini memang nak kahwin. Hati itu memang dah sampai, tapi apabila dua keluarga bakal disatukan, kita ada proses-proses untuk menjaga hati, menyatukan keluarga, ada ‘paperwork’ yang nak kena buat.

“Sebab yang berkahwin ini bukan teruna dan dara, tetapi duda dan janda. Jadi proses itu mengambil masa sedikit dan tunggu dan doakan yang terbaik,” katanya.

Katanya lagi dia juga berhasrat mematuhi adat Melayu dengan melalui proses merisik, bertunang dan seterusnya bernikah sebelum mengumumkan perkara itu kepada masyarakat.

“Sebab saya dan DSV memang menjaga adat kerana kita ada orang-orang tua dalam keluarga. Orang tua sebelah keluarga saya, orang tua sebelah keluarga DSV.

“Jadi adat itu kita akan patuhi. Bermakna kita akan melalui proses merisik, bertunang, nikah dan sebagainya dan menghebahkan pada umum. Jadi nantikan, doakan supaya apa yang kami hasratkan, dua keluarga ini dapat disatukan secara halal, insya-Allah,” katanya.

Ujarnya, Keputusan mendirikan rumah tangga juga dibuat selepas mengambil kira pandangan keluarga serta anak-anak masing-masing.

“Apabila masing-masing ada keluarga dan anak-anak, kita berbincang secara telus dan pada saya, adat Melayu itu perlu kita patuhi. Jadi tidak boleh melangkau apa-apa adat.

“Tak boleh tunang sebelum merisik, tak boleh nikah ataupun sebelum buat pengumuman dan sebagainya. Mesti ada langkah-langkah yang kita hormati.

“Tapi saya cakap ramai orang bertanya mengapa belum ada apa-apa paparan, pada saya begini. Kita beri laluan pada adinda-adinda saya. Selepas itu, insya-Allah mungkin kami pula yang akan melancarkan perjalanan dan melangsungkan apa yang perlu dilangsungkan, insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Fazley berkata dia bakal mengeluarkan lagu duet bersama DSV yang akan dirakamkan dengan kerjasama bersama komposer, Ajai.

“Sebenarnya tak nak cerita lagi, tapi ada dalam proses. Sebab saya rasa ramai nampak saya pergi ke studio Ajai. Jadi akan ada buah tangan untuk peminat yang tahu bahawa saya menyanyi, DSV pun menyanyi.

“Ia sesuatu yang agak unik kerana Ajai akan menyatukan saya dan DSV yang hadir dengan genre berbeza. Nanti akan ada sesuatu yang unik daripada kami insya-Allah,” katanya.- UTUSAN

The post Fazley belum kahwini Vida, ambil kira banyak perkara appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:0015:0016:0017:00
Latest 17:54 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 13:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    13:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Fazley belum kahwini Vida, ambil kira banyak perkara · Malaysian Attention Engine