Malaysian Attention Engine
NewConfirmedupdated 3 h ago

FIA nafi dakwaan perisian unit kuasa tidak diuji

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
no previous hour
Momentum
23
0 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 04:29 MYTLatest activity 9 Oct, 05:30BMconfidence 78%

What happened

Kuala Lumpur: Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menafikan dakwaan bahawa konfigurasi perisian unit kuasanya digunakan tanpa diuji, sebaliknya mengesahkan pakej berkenaan menjalani simulasi dan penilaian di litar secara menyeluruh sebelum digunakan. (Harian Metro, 04:29)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

FIA nafi dakwaan perisian unit kuasa tidak diuji

By BERNAMA · 9 Oct, 04:29 MYT

Kuala Lumpur: Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menafikan dakwaan bahawa konfigurasi perisian unit kuasanya digunakan tanpa diuji, sebaliknya mengesahkan pakej berkenaan menjalani simulasi dan penilaian di litar secara menyeluruh sebelum digunakan.

Badan induk sukan permotoran dunia itu ketika mengulas perkara sebenar susulan gangguan teknikal yang menjejaskan prosedur permulaan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Malaysia 2026 pada Ahad lalu, memaklumkan pasukan dan pengeluar enjin sudah mengesahkan sistem berkenaan menerusi latihan simulasi secara meluas sebelum ini.

"Pakej perisian itu kemudiannya diuji dalam sesi pemanduan berskala penuh ketika sesi Latihan Bebas 1 pada GP Belgium dan GP Belanda," menurut FIA dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi media sosialnya hari ini.

Penjelasan itu dibuat susulan semakan pascaperlumbaan berhubung isu perisian yang berlaku ketika pusingan formasi perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu lalu.

Menurut kenyataan itu, siasatan FIA mendapati beberapa jentera yang beroperasi pada putaran enjin rendah (RPM) di sektor yang mengenakan pengurangan kuasa sebanyak 250 kilowatt mengalami penurunan kuasa tidak disengajakan yang tidak dapat dipulihkan dalam zon berkenaan.

FIA memaklumkan gangguan itu menyebabkan prosedur permulaan ditangguhkan pada 3.45 petang selepas dua pusingan formasi, diikuti proses penyelesaian selama 48 minit oleh pasukan teknikal FIA dan pembekal enjin untuk mengemas kini serta mengintegrasikan konfigurasi yang telah disemak, sebelum perlumbaan disambung dengan selamat dari lorong pit pada 4.33 petang.

Menurut FIA, konfigurasi yang ditetapkan di Sepang akan digunakan semula untuk GP Singapura sekiranya keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku.

Kemas kini lanjut bagi perisian cuaca basah juga akan dikeluarkan sebelum GP Amerika Syarikat pada 25 Oktober.

Mengakui peluang untuk menjalankan ujian di litar adalah terhad, FIA berjanji akan bekerjasama rapat dengan pasukan, pengeluar unit kuasa dan pembekal Unit Kawalan Elektronik (ECU) piawaian bagi memperkukuh keupayaan ujian perisian serta pengesahan bebas.

Badan induk itu turut memuji semua pasukan, pengeluar dan petugas teknikal atas penyelarasan pantas mereka dalam menyelesaikan isu berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Text and pictures from Harian Metro, shown with attribution.Read at Harian Metro

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 3 independent sources
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 24NEWnow08:0009:00
Latest 09:03 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Google News Malaysia (BM)) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 04:29 MYT
Origin confidence 90% · 61 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    04:29

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Astro Awani (BM), Google News Malaysia (BM), Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.