
‘Filem Bisikan Nafsu Tidak Berjaya Tarik Perhatian Penonton Tapi Saya Reda’ – A.Aida
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
‘Filem Bisikan Nafsu Tidak Berjaya Tarik Perhatian Penonton Tapi Saya Reda’ – A.Aida (Google News Malaysia (BM), 16:26)
Read the reporting
2 reports
'Allah belum nak bagi rezeki', A Aida reda Bisikan Nafsu kurang sambutan
puterialia@hmetro.com
Kuala Lumpur: Penerbit dan pelakon Datuk A Aida berlapang dada apabila filem sulung terbitannya, Bisikan Nafsu kurang mendapat sambutan daripada penonton di pawagam.
A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 56, menganggap perkara itu sebagai tiada rezeki untuk dirinya buat masa ini.
"Filem Bisikan Nafsu tidak berjaya menarik penonton, tapi saya redha aje... Allah belum nak bagi rezeki," tulisnya menerusi hantarannya di Threads, semalam.
A Aida turut menyifatkan pembikinan sesebuah filem memerlukan keberanian untuk mengambil risiko serta menuntut sikap tidak menaruh harapan tinggi.
"Buat filem macam tulah, kita kena 'gamble' (mengambil risiko) dan tidak boleh menaruh harapan," tulisnya lagi.
Bagaimanapun, A Aida tetap bersyukur kerana lagu tema filem terbabit berjudul Tanpa Rasa Jemu nyanyian anaknya, Azeva Natassha mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Dalam hantaran sama, A Aida turut menghargai semua pihak yang menyokong filem berkenaan termasuk mereka yang tidak memberikan sokongan.
"Tapi Alhamdulillah, lagu tema Tanpa Rasa Jemu mendapat sambutan. Terima kasih pada semua yang support (sokong) dan pada yang tak support pun terima kasih jugak," luahnya.
Filem Bisikan Nafsu arahan Riza Baharudin itu dibintangi Azeva, Aniq Suhair, Zul Huzaimy, Aleza Shadan dan Raja Azmi.
Filem terbitan Hello Production Sdn Bhd ini mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 1 Oktober lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)16:26
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.