Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport51Man hurt fleeing George Town EV battery storage blaze as firefighters bring flames under control46Jerebu: Murid asrama disaran kekal di asrama45Remaja dituduh bunuh pelajar politeknik40Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi38Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok36Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara36Kenali saya kerana drama, filem – Sophia Albarakbah35General : RMAF Urges Public Not To Panic Over Low-Altitude Flights In Kota Belud, Labuan35General : Haze: Johor Extends Closure Of Schools, Educational Institutions Until Oct 1635General : PS The Children Urges Dedicated Funding For Child Protection35109 migrants, including 15 children dead after boat from Djibouti to Yemen capsizes, UN agency says
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Gaji besar pun boleh pokai kalau tak pandai urus duit

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 07:02 MYTLatest activity 12 Oct, 07:02BMconfidence 60%

What happened

Gaji besar pun boleh pokai kalau tak pandai urus duit (Harian Metro, 07:02)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·4 min read

Gaji besar pun boleh pokai kalau tak pandai urus duit

By Amir Abd Hamid · 12 Oct, 07:02 MYT

amir_hamid@mediaprima.com.my

PENDAPATAN besar tidak semestinya menjamin kehidupan selesa jika gagal mengurus kewangan dengan baik.

Sebaliknya pendapatan sederhana juga boleh mencukupi sekiranya bijak merancang perbelanjaan, mengawal kehendak dan membina simpanan untuk masa hadapan.

Itulah antara pengajaran yang membentuk pemikiran Aziana Othman, 48, sepanjang 22 tahun berkhidmat dalam institusi kewangan khususnya di bahagian kelulusan pinjaman pengguna membabitkan pinjaman peribadi, kereta, motosikal berkuasa tinggi dan kad kredit sebelum menjadi penulis pengurusan kewangan.

"Berbelanjalah di bawah kemampuan supaya lebihan pendapatan boleh dijadikan simpanan untuk kecemasan dan masa hadapan. Jika ada lebihan, kita juga boleh berkongsi rezeki melalui sedekah.

"Mengurus rezeki bukan kerja orang kaya sahaja. Orang berpendapatan kecil juga perlu belajar menguruskannya, begitu juga mereka yang berpendapatan besar," katanya.

Anak kelima daripada lima beradik yang berasal dari Tangkak, Johor, itu mula belajar mengurus wang ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ketika mengikuti Diploma Perakaunan pada 1999, beliau tidak menerima biasiswa atau pinjaman pendidikan, sebaliknya berjimat dengan memanfaatkan makanan percuma di dewan makan, selain mencari pendapatan sampingan dengan mengajar tuisyen dan mengambil upah menjual baju-T.

"Seterusnya menyambung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) pada 2001, saya dapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Namun, lebihan wang selepas membayar yuran dan perbelanjaan pengajian disimpan dalam akaun bersama yang dibuka dengan suaminya, yang ketika itu kami masih bercinta," katanya.

Katanya, simpanan itu kemudiannya membantu mereka ketika mula bekerja termasuk menyediakan wang pendahuluan untuk membeli kereta pertama kira-kira setahun sebelum berkahwin.

Pengalaman itu mengajar Aziana bahawa tabiat menyimpan tidak perlu menunggu seseorang memperoleh gaji besar, malah ketika awal kerjaya dengan pendapatan rendah, dia turut menjual kuih raya, bekerja sambilan di kedai dobi dan menyertai perniagaan jualan langsung bagi menambah pendapatan.

Baginya, golongan muda perlu merebut peluang pekerjaan yang halal, berusaha berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada keluarga.

Aziana turut mengingatkan golongan muda supaya mengutamakan bayaran balik pinjaman pendidikan sebaik mula bekerja sebelum menambah komitmen lain.

"Pinjaman peribadi dan kad kredit pula tidak wajar dijadikan jalan mudah untuk memenuhi kehendak. Sebelum berhutang, seseorang perlu menilai sama ada pembelian itu benar-benar diperlukan, mampu membayar ansuran dan masih mempunyai wang mencukupi untuk perbelanjaan harian.

"Antara komitmen besar yang sering menjadi pertimbangan golongan muda ialah pembelian kereta. Panduan kewangan menyarankan harga kereta ideal untuk kita sepatutnya tidak melebihi pendapatan setahun, manakala ansuran bulanan dihadkan sekitar 30 peratus daripada gaji bersih," katanya.

Perancangan sama perlu diterapkan dalam perkahwinan dan gaya hidup. Menurutnya, kemeriahan majlis bukan ukuran sahnya perkahwinan, justeru pasangan tidak sepatutnya menanggung hutang bertahun-tahun semata-mata mahu menganjurkan majlis mewah.

Ketakutan ketinggalan trend (FOMO) seperti pembelian kopi berjenama, beg tangan, jam dan alat solek mahal juga perlu dinilai berdasarkan kemampuan, bukannya kerana mahu mengikut trend atau membandingkan diri dengan orang lain.

Dalam mengurus hutang, Aziana berpandangan pinjaman boleh membantu membina aset atau meningkatkan pendapatan jika dibuat dengan perancangan teliti.

Berkongsi pengalaman peribadi, dia dan keluarga mempunyai rumah yang disewakan atau dijadikan penginapan inap desa bagi membantu menampung bayaran balik pinjaman.

"Kami juga menggunakan pinjaman untuk membeli tanah yang mempunyai hasil. Bagaimanapun, pelaburan tidak menjamin pulangan, justeru peminjam perlu bersedia menghadapi risiko kekosongan penyewa, hasil berkurangan atau perbelanjaan tidak dijangka," katanya.

Lebih dua dekad berkhidmat di institusi kewangan, dia pernah melihat pemohon menggunakan pinjaman peribadi untuk mengubah suai kereta atau menyediakan wang pendahuluan bagi membeli kenderaan mahal.

Biarpun berpengalaman dalam bidang kewangan, Aziana mengakui kehidupannya juga pernah melalui kesempitan.

Dia mengakui pernah mempunyai baki akaun hanya RM1 dan tidak mempunyai wang mencukupi untuk mendapatkan rawatan sehingga terpaksa berhutang dengan klinik.

Pengalaman itu mengingatkannya bahawa keadaan kewangan boleh berubah, justeru seseorang perlu bersedia berjimat, menangguhkan perbelanjaan tidak mendesak dan menyusun semula keutamaan apabila berdepan kesukaran.

Selain usaha mengurus wang, Aziana menjadikan doa, sedekah dan amalan menyantuni ibu bapa serta keluarga sebagai sebahagian daripada pegangan hidup.

Baginya, keyakinan terhadap rezeki daripada Allah SWT perlu disertai usaha dan disiplin, bukannya dijadikan alasan untuk mengabaikan perancangan kewangan.

Aziana turut menekankan kepentingan menghargai ibu bapa mengikut kemampuan terbaik, sama ada melalui pemberian wang belanja, bantuan mengurus rumah, menemani mereka mendapatkan rawatan atau sekadar bertanya khabar setiap hari.

"Amalan memberi dan bersedekah turut meninggalkan pengalaman bermakna. Sebagai contoh, pernah sehari sebelum menyertai program larian amal, saya mengunjungi rumah amal menempatkan anak-anak daripada keluarga miskin dan golongan asnaf untuk menyampaikan amanah wakaf buku serta sumbangan peribadi RM100.

"Kemudian pada program larian amal, saya memenangi kasut bernilai RM439 menerusi cabutan bertuah, manakala anak turut menerima hadiah misteri. Pengalaman itu menguatkan keinginan untuk terus berkongsi rezeki, walaupun tidaklah menganggapnya sebagai jaminan bahawa setiap sedekah akan dibalas dalam bentuk material dengan nilai tertentu," katanya.

Aziana mula berjinak-jinak dalam penulisan pada usia 40 tahun selepas menghadiri Bengkel Penulisan Bonda Nor di Bangi pada 2018.

Tertarik dengan slogan 'Tulislah, bina bekalan untuk kau tinggalkan,' dia menjadikan penulisan sebagai ruang berkongsi pengalaman dan pengajaran kehidupan.

Antara karya yang dihasilkannya ialah buku Urus Rezeki, ditulis bersama Bonda Nor, selain sumbangan kepada pelbagai buku antologi, anekdot dan majalah.

Bagi Aziana, mengurus rezeki bukan sekadar mencatat wang yang masuk dan keluar, tetapi turut membabitkan cara seseorang memperoleh pendapatan, membuat pilihan dan melaksanakan tanggungjawab.

Dia menyarankan orang ramai memulakan langkah dengan mengenal pasti keperluan, merekod perbelanjaan, mengawal hutang, menyediakan simpanan kecemasan dan menetapkan matlamat kewangan mengikut kemampuan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:00
Latest 08:29 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 07:02 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:02

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.