
Gaji, budaya dan '3D', punca Malaysia jadi tumpuan pekerja asing
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Gaji, budaya dan '3D', punca Malaysia jadi tumpuan pekerja asing (Harian Metro, 11:19)
Read the reporting
1 report
Gaji, budaya dan '3D', punca Malaysia jadi tumpuan pekerja asing
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Peluang pekerjaan, jurang pendapatan dan jaringan komuniti senegara menjadi antara faktor utama yang mendorong pekerja asing memilih Malaysia sebagai destinasi mencari rezeki selain tekanan ekonomi dan kesukaran hidup di negara asal.
Ketua Pusat Penyelidikan Populasi dan Migrasi Malaysia, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mashitah Hamidi berkata, penghijrahan dipengaruhi gabungan faktor penolak di negara asal dan faktor penarik di negara destinasi.
Katanya, Bangladesh dan Indonesia antara negara sumber pekerja asing terbesar di Malaysia dengan rakyat Indonesia berhijrah akibat jurang pendapatan dan peluang pekerjaan terhad di kawasan pertanian manakala rakyat Bangladesh berdepan tekanan ekonomi, kekurangan pekerjaan dan kesan perubahan iklim.
"Secara umum ada dua jenis penghijrahan. Pertama, mereka yang datang mencari rezeki secara sukarela, iaitu pekerja migran. Kedua, mereka yang terpaksa lari daripada perang, konflik atau penindasan politik, iaitu pelarian.
"Kedua-duanya boleh dianggap faktor tradisional, tetapi ia perlu dibezakan kerana hanya pelarian mendapat perlindungan undang-undang antarabangsa di bawah Konvensyen Pelarian 1951.
"Faktor lain ialah bencana alam dan perubahan iklim yang boleh memburukkan kemiskinan sedia ada sekali gus mendorong penduduk berhijrah," katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mashitah berkata, persamaan agama, budaya dan bahasa memudahkan pekerja asing khususnya dari Indonesia menyesuaikan diri di Malaysia.
Katanya, kedudukan geografi yang berdekatan serta komuniti senegara di Selayang dan Pasir Gudang turut membantu pendatang baharu mendapatkan tempat tinggal dan pekerjaan.
"Dalam realiti, kebanyakan migran didorong gabungan faktor yang dikenali sebagai migrasi bercampur. Komuniti Rohingya misalnya, keluar dari Myanmar akibat penindasan, tetapi memilih Malaysia kerana faktor ekonomi dan agama.
"Teori penolak dan penarik menjelaskan penghijrahan berlaku apabila kesusahan mendorong seseorang meninggalkan negara asal manakala peluang dan kelebihan di negara lain menarik mereka untuk berpindah," katanya.
Bagaimanapun, katanya, permintaan terhadap pekerja asing dalam sektor kerja kotor, bahaya dan sukar (3D) turut menjadi antara faktor yang mendorong kemasukan warga asing ke negara ini.
"Permintaan terhadap buruh asing sebenarnya sudah tertanam dalam struktur ekonomi kita manakala rangkaian keluarga dan rakan senegara memastikan aliran ini berterusan dari satu generasi ke generasi.
"Antara faktor penolak dan penarik itu, terdapat halangan seperti kos perjalanan, bayaran ejen dan peraturan imigresen yang boleh menyebabkan migran terjerat hutang atau sindiket," katanya.
Menurut Mashitah, kes di Pengerang, Johor pada 2023 hingga 2024 menjadi pengajaran apabila ratusan pekerja Bangladesh dibawa masuk secara sah, tetapi tiada pekerjaan menanti mereka.
"Kes ini membuktikan bagaimana ejen dan sindiket boleh mengubah migrasi yang sah menjadi eksploitasi," katanya.
Dalam pada itu, Mashitah berkata, Malaysia perlu mengurangkan kebergantungan terhadap buruh murah kerana kawalan sempadan semata-mata tidak mencukupi untuk membendung penghijrahan tidak sah.
Terdahulu, laporan eksklusif Harian Metro melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenal pasti 224 lokasi panas atau 'hotspot' berkaitan keberadaan dan aktiviti warga asing di seluruh negara.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban dilaporkan berkata, lokasi berkenaan termasuk penempatan tidak sah, rumah kongsi, premis perniagaan dan rumah sewa padat PATI yang memerlukan pemantauan penguatkuasaan.
Katanya, bagi tempoh 2023 hingga 15 Jun lalu, sebanyak 16,431 siri Op Sapu dilaksanakan membabitkan serbuan ke pelbagai lokasi penempatan haram termasuk rumah setinggan, rumah kongsi dan rumah tumpangan yang dihuni PATI.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.