
Gaji siswazah perlu ikut wilayah, bidang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Cadangan memperkenalkan indikator khusus gaji bermaruah bagi mengukur keberhasilan institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mengambil kira perbezaan struktur gaji dan kos sara hidup mengikut wilayah bagi mengelakkan penilaian tidak adil terhadap graduan. (Utusan Malaysia, 09:30)
Read the reporting
1 report
Gaji siswazah perlu ikut wilayah, bidang
PETALING JAYA: Cadangan memperkenalkan indikator khusus gaji bermaruah bagi mengukur keberhasilan institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mengambil kira perbezaan struktur gaji dan kos sara hidup mengikut wilayah bagi mengelakkan penilaian tidak adil terhadap graduan.
Bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, penggunaan indikator itu berisiko mendiskriminasi graduan yang bekerja di luar bandar atau negeri berpendapatan rendah.
Katanya, pasaran buruh di kawasan berkenaan lazimnya menawarkan gaji lebih rendah berbanding pusat ekonomi metropolitan, sekali gus memberikan gambaran tidak seimbang terhadap kebolehpasaran graduan.
“Sekiranya tanda aras gaji sama digunakan tanpa mengambil kira perbezaan ekonomi antara wilayah, graduan boleh dinilai secara tidak adil.
“Keadaan itu juga boleh menjejaskan usaha memperluas akses pekerjaan kepada graduan, khususnya mereka daripada keluarga kurang berkemampuan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Mohd. Ekhwan berkata, kadar gaji bermaruah bagi graduan baharu wajar ditetapkan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan di peringkat nasional dan sehingga RM3,200 di pusat bandar utama.
Katanya, penetapan kadar itu perlu berasaskan konsep gaji yang membolehkan seseorang menjalani kehidupan wajar dengan mengambil kira kos kediaman, pengangkutan, makanan, utiliti dan komitmen kewangan.
Sementara itu, Pakar Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan UKM, Prof. Madya Dr. Salleh Amat berkata, kerajaan perlu memberikan definisi khusus bagi menjelaskan maksud gaji bermaruah.
Katanya, kadar antara RM3,000 hingga RM4,000 boleh dipertimbangkan, manakala RM3,500 sebulan sesuai dijadikan gaji permulaan, bergantung pada kemahiran dan jenis pekerjaan.
“Ukuran keberhasilan IPT juga perlu melihat sama ada pekerjaan yang diperoleh benar-benar sesuai dengan kemahiran graduan serta peluang pekerjaan yang tersedia.
“Tidak adil untuk menyimpulkan graduan kurang berkualiti hanya kerana memperoleh gaji rendah atau bekerja di luar bidang kerana peluang pekerjaan tertentu mungkin sememangnya terhad,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mencadangkan Kementerian Pendidikan Tinggi memperkenalkan indikator khusus bagi mengukur peratusan graduan yang memperoleh pekerjaan dengan gaji bermaruah, dengan mengambil kira kelayakan, jenis pekerjaan dan kos kehidupan semasa.
Beliau turut mencadangkan pendapatan graduan dipantau selepas 12, 24 dan 36 bulan tamat pengajian bagi menilai perkembangan gaji serta mobiliti kerjaya mereka. – UTUSAN
The post Gaji siswazah perlu ikut wilayah, bidang appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.