
Gaya pemakanan penentu tahap kesihatan gigi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Melakukan pemeriksaan kesihatan gigi secara berkala mungkin dianggap perkara kecil berbanding menjalani saringan fizikal. (Kosmo!, 11:20)
Read the reporting
1 report
Gaya pemakanan penentu tahap kesihatan gigi
Melakukan pemeriksaan kesihatan gigi secara berkala mungkin dianggap perkara kecil berbanding menjalani saringan fizikal.
Hakikatnya, penjagaan oral yang konsisten penting bagi mengesan masalah pada peringkat awal serta mencegah komplikasi lebih serius.
Kesihatan gigi perlu diberi perhatian sejak usia kanak-kanak hingga dewasa secara berterusan, selain membangunkan tabiat penjagaan yang baik bagi membantu mengekalkan kebersihan mulut.
Menurut Pegawai Pergigian Residen (Orthodontik dan Pergigian Am) Klinik Hi-Dentist, Dr. Sriyatasini Rada, penjagaan perlu dimulakan sebaik sahaja gigi mula tumbuh.
Golongan kanak-kanak perlu diajar untuk menjaga kebersihan gigi kerana tabiat tersebut akan menjadi asas kepada penjagaan kesihatan mulut apabila mereka meningkat dewasa.
“Amalan memberus gigi dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur perlu diterapkan sejak kecil.
“Apabila meningkat dewasa, rutin ini boleh dilengkapi dengan penggunaan flos dan ubat kumur (cecair pencuci mulut).
“Selain penjagaan harian, pemeriksaan gigi secara berkala juga penting. Disarankan setiap enam bulan dan bukan hanya apabila sudah mengalami kesakitan atau masalah tertentu baru datang berjumpa doktor,” katanya.
Tambahnya, ramai pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila masalah gigi sudah berada pada tahap serius seperti gigi berlubang, gusi bengkak atau berdarah, mulut berbau dan gigi mula goyang.
Dalam keadaan tertentu, gigi yang sepatutnya masih boleh diselamatkan mungkin terpaksa dicabut sekiranya rawatan diberikan terlalu lewat.
PEMERIKSAAN gigi di klinik perlu dilakukan secara berkala. – Gambar hiasan
Begitu juga dengan rawatan scaling (pembersihan karang gigi) yang merupakan aspek penting dalam penjagaan kesihatan gigi kerana sekira tidak dibersihkan dalam tempoh lama, ia boleh mengeras dan menjejaskan kesihatan gusi.
“Risiko ini boleh berlaku bagi mereka yang tidak membuat rawatan gigi secara berkala. Ini penting untuk memastikan masalah dapat dikesan dan dirawat daripada peringkat awal.
“Selain kebersihan, gaya pemakanan turut memainkan peranan besar terhadap kesihatan gigi dan pengambilan makanan serta minuman tinggi gula seperti coklat, aiskrim, gula-gula mahupun makanan melekit seperti gummy perlu dikawal.
“Begitu juga dengan minuman berkarbonat atau minuman berasid seperti lemon, limau atau minuman berasaskan cuka. Sebaiknya, hadkan pengambilan minuman seperti itu dan tidak dijadikan sebagai amalan harian,” ujarnya.
Pengambilan yang terlalu kerap boleh menyebabkan hakisan enamel atau erosion, sekali gus menjadikan lapisan pelindung gigi semakin nipis.
Dalam keadaan tertentu, penjagaan pemakanan dan penggunaan ubat gigi yang membantu proses remineralisasi boleh dipertimbangkan mengikut nasihat profesional pergigian.
Selain tabiat penjagaan dan amalan pemakanan, penggunaan produk pemutih gigi turut diberi perhatian, khususnya melibatkan kandungan bahan dan implikasi terhadap pengguna.
Kata Dr. Sriyatasini, sebaiknya dapatkan nasihat doktor pergigian dan pastikan produk yang dibeli berdaftar secara sah dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Langkah tersebut bagi mengelak produk yang mempunyai kandungan bahan seperti hidrogen peroksida berlebihan. Ini kerana, penggunaan bahan itu secara berlebihan boleh mendatangkan kesan tidak diingini.
“Sebaiknya, pastikan produk tersebut mendapat pengesahan KKM, manakala produk daripada sumber yang tidak jelas, perlu dielakkan,” katanya.
Ringkasnya, kesihatan gigi tidak seharusnya diberi perhatian apabila sakit, sebaliknya tumpuan penjagaan perlu diberi perhatian sejak di usia kanak-kanak.
Ini bagi memastikan amalan kebersihan yang konsisten serta pemilihan makanan lebih baik untuk mengekalkan gigi serta gusi sihat.
The post Gaya pemakanan penentu tahap kesihatan gigi appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.