
Unit K9 tingkat rondaan di KLIA, tumpu waktu puncak
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kekerapan rondaan Unit Anjing Pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai langkah memperkukuh aspek keselamatan susulan beberapa insiden yang berlaku sebelum ini. (Berita Harian, 12:56)
Read the reporting
1 report
Unit K9 tingkat rondaan di KLIA, tumpu waktu puncak
SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kekerapan rondaan Unit Anjing Pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai langkah memperkukuh aspek keselamatan susulan beberapa insiden yang berlaku sebelum ini.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi, berkata penugasan unit berkenaan yang sebelum ini dilaksanakan secara berkala kini dipertingkatkan dengan rondaan lebih kerap, khususnya pada waktu puncak.
Katanya, penugasan Unit K9 dilaksanakan secara bersasar dengan mengambil kira waktu kesibukan di lapangan terbang serta keperluan memberi rehat kepada anjing pengesan berkenaan.
"Penugasan ini bukan 24 jam secara berterusan kerana anjing juga perlu berehat. Kita perlu melihat waktu puncak dan melaksanakan penugasan pada waktu yang bersesuaian," katanya ketika dihubungi.
Ravi berkata, penugasan berkenaan turut mengambil kira sensitiviti pengguna lapangan terbang dengan rondaan dilaksanakan di kawasan luar terminal, termasuk sekitar pintu masuk.
Langkah meningkatkan rondaan itu diharap dapat memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan KLIA, selain meningkatkan keyakinan orang awam terhadap langkah keselamatan yang dilaksanakan pihak berkuasa.
Dalam pada itu, tinjauan di KLIA Terminal 1 mendapati unit K9 bersama petugas menjalankan rondaan di kawasan luar terminal terutama di aras pelepasan dan ketibaan.
Kehadiran haiwan itu menjadi antara langkah keselamatan yang dilaksanakan bagi memantau kawasan pintu masuk yang menjadi tumpuan pengguna lapangan terbang.
Malah, kehadiran anggota polis bersama haiwan berkenaan membolehkan pemantauan keselamatan dilaksanakan secara lebih menyeluruh, selaras dengan usaha pihak berkuasa meningkatkan kekerapan rondaan di lokasii strategik.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:56
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.