Malaysian Attention Engine
Live wire
58Laporan awal nahas helikopter Long Lellang dibentangkan kepada Kabinet esok50BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia49Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah46Bekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok46Ella dedah hampir bersara dari dunia nyanyian selepas bapa meninggal dunia43Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain36Remaja mati dipukul, diseksa, 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini36Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?36Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar34Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM34Man drives SUV 130m down train tracks in Port Klang, police say KTMB investigating34Meet the XBOX Nano Controller
RisingConfirmedupdated 10 min ago

Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
43
+100% / 60 min
Momentum
52
2 vs 1 mentions/h
Sources
5
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 11:16 MYTLatest activity 15 Oct, 12:10BMconfidence 90%

What happened

Malaysia menjadi tuan rumah Grand Prix Bahrain Gulf Air dari 2 hingga 4 Okt lalu selepas perlumbaan itu dipindahkan susulan konflik di Asia Barat. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mempertimbangkan cadangan menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) setiap beberapa tahun dengan kerjasama negara lain, berbanding menjadi tuan rumah acara itu setiap tahun. (Free Malaysia Today, 11:16)

Read the reporting

3 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain

By HAFIZ SAIDINA · 15 Oct, 11:27 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti cadangan menganjurkan semula perlumbaan Formula 1 (F1) di Malaysia secara berkala, termasuk kemungkinan mengadakan perlumbaan itu setiap beberapa tahun menerusi kerjasama dengan negara lain.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, perkara itu masih pada peringkat awal perbincangan susulan pertemuan Perdana Menteri dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1 dan pihak pengurusan F1.

Beliau berkata, cadangan berkenaan memerlukan penelitian menyeluruh, khususnya dari segi kebolehlaksanaan, kos penganjuran serta pulangan pelaburan kepada negara.

“Memang ada perbincangan ke arah itu dan kita perlu melihat bahawa penganjuran F1 ini bukanlah sesuatu yang murah ataupun kosnya kecil, tetapi ia melibatkan kos yang agak besar.

“Dan kita perlu lihat adakah jika setiap tahun kita laksanakan F1 ini pulangan yang sama akan kita dapatkan dan adakah kita sudah bersedia dengan pelbagai infrastruktur yang telah pun dibina dan sebagainya?.

“Dan ada perbincangan awal antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan CEO F1 dan juga F1 Management berkaitan dengan perkara ini. Dan ada juga cadangan untuk kita melaksanakan dalam tempoh beberapa tahun sekali dengan kerjasama oleh mana-mana negara yang akan kita deal dan sebagainya.

“Jadi itu masih lagi dalam peringkat yang awal untuk kita menilai kadar kebolehlaksanaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai kemungkinan Malaysia menjadi tuan rumah perlumbaan F1 semula, termasuk faktor yang dipertimbangkan kerajaan serta kos tahunan yang perlu ditanggung bagi menganjurkan perlumbaan berkenaan.

Mohammed Taufiq berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut diberikan mandat untuk menganggotai Jawatankuasa Penilaian F1 yang melibatkan semua kementerian serta Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Katanya, jawatankuasa itu akan menilai kos penganjuran dan pulangan pelaburan atau pulangan pelaburan (ROI) sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita nak pastikan penganjuran ini tidak hanya semata-mata di bawah KBS melalui Litar Antarabangsa Sepang (SIC), tetapi bersifat rentas kementerian kerana manfaat ekonominya bukan hanya dirasai rakyat, malah melibatkan kementerian lain dan negara secara keseluruhan.

“Penilaian dari segi kesediaan dan sebagainya sedang dilaksanakan. Menjelang November ini, kita akan mengeluarkan laporan untuk dibawa kepada Jemaah Menteri sebelum keputusan sama ada membawa semula F1 ke negara kita dibuat,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan juga perlu menilai sama ada penganjuran F1 mampu memberikan pulangan ekonomi yang setimpal dengan kos yang ditanggung.

Katanya, unjuran pulangan ekonomi bagi penganjuran terdahulu pada 2 hingga 4 Oktober lalu dianggarkan sebanyak RM950 juta, namun perkara itu perlu dinilai semula bagi penganjuran pada masa hadapan.

Beliau turut membandingkan penjualan tiket pada 2017 yang hanya sekitar 30,000 tiket berbanding penganjuran terbaharu yang mencatatkan jualan sehingga 100,000 tiket.

“Kita perlu melihat sama ada jika F1 dianjurkan setiap tahun, pulangan yang sama akan diperoleh dan sama ada kita bersedia dari segi infrastruktur yang telah dibina,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan sebarang keputusan berhubung penganjuran semula F1 perlu mengambil kira kepentingan pembangunan sukan negara, termasuk memastikan peruntukan bagi pembangunan atlet dan sukan lain tidak terjejas. – UTUSAN

The post Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is rising

  • Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
  • Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 5 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 51NEWnow12:00
Latest 12:16 MYT
43Rising
Mentions / h2Velocity0.03/minSources5Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  3. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source
  4. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source
  5. State
    Rising

    5 sources, growth +100%, z 1.8

Where it started

Free Malaysia Today (News)
15 Oct, 11:16 MYT
Origin confidence 90% · 11 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    11:16

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Google News Malaysia (BM), Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (5)

Nasib F1 Malaysia ditentukan November ini - KBS
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate
Nasib F1 Malaysia ditentukan November ini
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.