Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

GIC jalin kerjasama strategik lahirkan ramai doktor veterinar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 17:56 MYTLatest activity 20 Oct, 17:56BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR – Goon International College (GIC) menjalinkan kerjasama strategik dengan Institut Pertanian Bogor (IPB University), Indonesia untuk menyediakan laluan berstruktur kepada pelajar Malaysia melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar. (Kosmo!, 17:56)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

GIC jalin kerjasama strategik lahirkan ramai doktor veterinar

By KOSMO! · 20 Oct, 17:56 MYT

KUALA LUMPUR – Goon International College (GIC) menjalinkan kerjasama strategik dengan Institut Pertanian Bogor (IPB University), Indonesia untuk menyediakan laluan berstruktur kepada pelajar Malaysia melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar.

Menurut Pengarah GIC, P. Prabagaran, inisiatif itu membuka lebih banyak peluang kepada pelajar tempatan untuk menceburi kerjaya dalam bidang veterinar melalui institusi pengajian yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

“Kerjasama GIC dengan IPB University memberi tumpuan khusus kepada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar di Sekolah Perubatan Veterinar dan Sains Bioperubatan universiti berkenaan.

“Program selama lima tahun itu dinyatakan setaraf dengan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), manakala graduan boleh memohon pendaftaran dengan Majlis Veterinar Malaysia (MVC), tertakluk pada syarat pendaftaran yang ditetapkan.

“IPB University dipilih sebagai rakan strategik berdasarkan kecemerlangan akademik, pengiktirafan antarabangsa dan kemudahan latihan klinikal yang disediakan,” katanya selepas majlis menandatangani kerjasama dengan IPB University di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Haron mendedahkan Malaysia berdepan kekurangan lebih 5,900 doktor veterinar berbanding anggaran keperluan negara.

Katanya, jumlah doktor veterinar aktif sekitar 2,600 orang berbanding keperluan dianggarkan 8,500 orang. Sehubungan itu usaha memperluas akses kepada pendidikan veterinar dilihat penting bagi melahirkan lebih ramai tenaga professional.

Menurut Prabagaran, Sekolah Perubatan Veterinar dan Sains Bioperubatan IPB Univerity turut berada dalam kelompok 100 terbaik dunia bagi bidang Sains Veterinar menurut QS World University Rankings by Subject, sekali gus menawarkan persekitaran pembelajaran yang menyokong pembangunan profesional veterinar.

Katanya, selain pembelajaran akademik, pelajar berpeluang memperoleh pengalaman praktikal melalui Hospital Haiwan Pengajaran IPB University (RSHP), merangkumi bidang pembedahan, perubatan dalaman, diagnostik dan penjagaan kesihatan haiwan.

Melalui laluan yang diperkenalkan katanya, pelajar Malaysia akan mengikuti Program Asasi GIC sebelum meneruskan pengajian ke IPB University selepas menamatkan program berkenaan.

“Laluan itu dijangka memberi pilihan tambahan kepada pelajar yang berminat dalam bidang veterinar, khususnya mereka yang berdepan persaingan untuk mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi tempatan.

“Bagi menyokong usaha tersebut, GIC menawarkan biasiswa berjumlah RM1.2 juta kepada pelajar Program Asasi yang cemerlang dan memenuhi syarat bagi pengambilan tahun 2027. Biasiswa itu bertujuan membantu pelajar berpotensi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, selain mengurangkan kekangan kewangan yang mungkin dihadapi dalam mengejar kelayakan profesional.

“Bidang perubatan veterinar merupakan profesion yang mendapat permintaan tinggi dan Malaysia memerlukan lebih ramai doktor veterinar berkelayakan untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor.

“Perubatan veterinar ialah profesion yang mendapat permintaan tinggi, dan Malaysia memerlukan lebih ramai doktor veterinar yang berkelayakan. Melalui kerjasama kami dengan IPB, kami mahu menjadikan laluan ini lebih mudah diakses oleh pelajar kami, manakala biasiswa ini menyediakan sokongan kepada pelajar cemerlang untuk merealisasikan hasrat tersebut,” katanya.

Kerjasama GIC dan IPB University diharap dapat menyumbang kepada usaha jangka panjang memperluas peluang pendidikan veterinar untuk pelajar Malaysia, di samping membantu memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor kesihatan haiwan, penternakan dan keselamatan makanan.

The post GIC jalin kerjasama strategik lahirkan ramai doktor veterinar appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 18:42 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
20 Oct, 17:56 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    17:56

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.