
Pemandu Persona positif dadah, pandu melulu dikejar selepas kemalangan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang dipercayai memandu kereta Proton Persona sehingga melanggar sebuah teksi sebelum cuba melarikan diri ditahan polis selepas aksi insiden itu tular di media sosial, semalam. (Kosmo!, 19:59)
Read the reporting
1 report
Pemandu Persona positif dadah, pandu melulu dikejar selepas kemalangan
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang dipercayai memandu kereta Proton Persona sehingga melanggar sebuah teksi sebelum cuba melarikan diri ditahan polis selepas aksi insiden itu tular di media sosial, semalam.
Suspek yang berusia 22 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi hari ini dan saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang semalam di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi.
Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan itu melibatkan dua buah kereta Proton Persona dan sebuah teksi jenis Perodua Bezza.
“Teksi berkenaan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah Proton Persona sebelum pemandunya dipercayai cuba melarikan diri selepas kemalangan.
“Pemandu teksi kemudian bertindak mengejar kereta berkenaan, manakala sebuah Perodua Myvi turut mengekori bagi membantu sehingga semua kenderaan berhenti di susur jalan memasuki Taman Molek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Video kejadian itu tular di Facebook dan memaparkan aksi mengejar itu membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, sekali gus menarik perhatian pengguna media sosial.
Dalam perkembangan sama, pemandu teksi turut ditahan kira-kira pukul 3.10 petang hari ini di perkarangan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.
Bagaimanapun, saringan awal air kencing terhadap lelaki berkenaan didapati negatif dadah.
Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.
Mohd Sohaimi berkata, kenderaan yang terlibat turut disita bagi membantu siasatan, manakala kes pemanduan secara melulu dan berbahaya disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, siasatan berasingan turut dijalankan terhadap pemandu Proton Persona mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan saringan awal air kencing yang positif methamphetamine.-KOSMO! ONLINE
The post Pemandu Persona positif dadah, pandu melulu dikejar selepas kemalangan appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!19:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.