
Murid 7 tahun meninggal dunia sesak nafas dalam kelas
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SEPANG – Seorang murid perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di Dengkil semalam. (Kosmo!, 12:50)
Read the reporting
1 report
Murid 7 tahun meninggal dunia sesak nafas dalam kelas
SEPANG – Seorang murid perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di Dengkil semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 7.30 malam semalam.
Menurut beliau, terdahulu, mangsa diberikan bantuan awal pernafasan di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
“Semasa berada di Hospital Putrajaya, mangsa telah disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.
Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
“Bedah siasat dijalankan di Hospital Putrajaya pada pukul 8 pagi tadi dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita tidak benar berhubung kejadian tersebut.
Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Vishno Kumar di talian 011-11021528. – KOSMO! ONLINE
The post Murid 7 tahun meninggal dunia sesak nafas dalam kelas appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.