
Golden Destinations bakal milik agensi pelancongan Hong Kong
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Golden Destinations Group Berhad (Golden Destinations) kurator pengalaman pelancongan keluar perkhidmatan penuh, memeterai perjanjian jual beli saham untuk memiliki 70 peratus pegangan ekuiti dalam Double Happiness Holidays Limited (Double Happiness). (Kosmo!, 18:25)
Read the reporting
1 report
Golden Destinations bakal milik agensi pelancongan Hong Kong
PETALING JAYA – Golden Destinations Group Berhad (Golden Destinations) kurator pengalaman pelancongan keluar perkhidmatan penuh, memeterai perjanjian jual beli saham untuk memiliki 70 peratus pegangan ekuiti dalam Double Happiness Holidays Limited (Double Happiness).
Double Happiness adalah sebuah agensi agensi pelancongan berlesen di Hong Kong.
Pemilikan pegangan ini menandakan kemasukan Kumpulan ke dalam pasaran pelancongan keluar Hong Kong, mewujudkan peluang baharu untuk memperluaskan model pelancongan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang mantap dan menjangkau pangkalan pelanggan serantau yang lebih luas.
Setelah urusan pengambilalihan selesai, Double Happiness dicadangkan untuk dinamakan semula sebagai Golden Destinations (HK) Limited, mencerminkan pengembangan Kumpulan ke pasaran Hong Kong.
Pengarah Urusan Golden Destinations, Mita Lim berkata, Hong Kong adalah pasaran baharu buat syarikat untuk mengalakkan lagi pertumbuhan serantau.
Menurut beliau, ini menawarkan satu peluang yang besar untuk membawa portfolio pelancongan syarikat, model B2B yang mantap dan rangkaian pembekal yang kukuh ke pasaran yang lebih luas.
“Berdasarkan pengalaman kami di Malaysia, kami melihat potensi yang bermakna untuk mengukuhkan jangkauan serantau kami dan mencipta nilai untuk rakan kongsi ejen pelancongan di Hong Kong,” katanya dalam kenyataan.
Berasaskan model pengedaran B2B yang mantap, Golden Destinations berhasrat untuk bekerjasama dengan ejen pelancongan tempatan di Hong Kong, menawarkan akses kepada portfolionya yang luas iaitu lebih daripada 2,000 pakej pengalaman pelancongan yang merangkumi lebih 84 buah negara.
Disokong oleh hubungan jangka panjang dengan syarikat penerbangan, pengendali pelayaran dan penyedia perkhidmatan darat luar negara, Kumpulan berhasrat untuk memanfaatkan permintaan perjalanan keluar Hong Kong, dengan potensi tambahan untuk melayani pelancong dari China yang mencari perkhidmatan perjalanan keluar melalui Hong Kong.
Jumlah pelaburan Kumpulan yang dicadangkan adalah sebanyak HKD700,000 (kira-kira RM364,600),
Pelaburan ini adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan pasca penyenaraian Golden Destinations untuk meluaskan jejak geografinya dan mengukuhkan kehadiran serantaunya.
Disokong oleh pengalaman industri hampir tiga dekad dan rangkaian ejen pelancongan seluruh negara yang mantap di Malaysia, Kumpulan akan terus mencari peluang untuk berkembang ke pasaran baharu, disokong oleh pelaburan berterusan dalam pembangunan jenama, teknologi dan keupayaan tenaga kerja. -KOSMO! ONLINE
The post Golden Destinations bakal milik agensi pelancongan Hong Kong appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!18:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.