
Govt eyes GST input tax credits for manufacturing, construction industries
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Economic adviser to the Prime Minister’s Office, Nurhisham Hussein, and former Bangi MP Ong Kian Ming appeared on ex-finance minister Tengku Zafrul Aziz’s podcast, 'Ngopi Dengan Zafrul'. PETALING JAYA: The government is considering allowing input tax credits under the sales and service tax (SST) system for the manufacturing and construction sectors, in a move to incorporate selected features of the goods and services tax (GST). (Free Malaysia Today, 12:50)
Read the reporting
2 reports
Kerajaan pertimbang benar kredit cukai input dalam GST bagi pembuatan, pembinaan
Penasihat ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein dan bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming muncul dalam audiosiar bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, 'Ngopi Dengan Zafrul'. PETALING JAYA: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan kredit cukai input di bawah sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi sektor pembuatan dan pembinaan, dalam usaha menerapkan ciri terpilih cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Penasihat ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein, berkata kerajaan sedang meneliti langkah itu bagi industri terpilih yang melibatkan beberapa peringkat pengeluaran sehingga menyebabkan kesan cukai bertindih.
“Pembuatan, mungkin, pembinaan juga mungkin,” katanya dalam audiosiar 'Ngopi Dengan Zafrul' ketika ditanya bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming mengenai industri yang sedang dipertimbangkan.
Nurhisham dan Ong menjadi tetamu dalam episod terbaharu audiosiar itu, yang dikendalikan bekas menteri kewangan Tengku Zafrul Aziz dan membincangkan Belanjawan 2027 yang dibentangkan pada 9 Okt.
Nurhisham tidak menyatakan bila butiran lanjut mengenai sistem yang dicadangkan itu akan diumumkan. Katanya, ucapan Belanjawan 2027 telah diringkaskan bagi memberi tumpuan kepada mesej utama, menyebabkan tidak semua langkah dimasukkan dalam ucapan berkenaan.
Ong memberi amaran bahawa sistem cukai itu boleh menjadi 'raksasa hibrid' yang menyukarkan perniagaan mematuhi peraturan, selain mengelirukan pihak kastam mengenai cukai yang perlu dikutip.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana kerajaan dapat mengunjurkan hasil dengan tepat jika tiada kejelasan mengenai sektor dan barangan pembuatan yang akan tertakluk kepada sistem itu.
“Apabila SST dan GST digabungkan, sedangkan sektor atau barangan tertentu dalam sektor pembuatan yang akan terlibat pun belum dipastikan, unjuran hasil fiskal anda kadangkala boleh tersasar,” kata Ong.
Pada 19 Ogos, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata Kementerian Kewangan telah ditugaskan menjalankan kajian menyeluruh mengenai cadangan penggabungan GST dan SST sebelum perkara itu dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut.
Fahmi berkata kajian itu akan meneliti pengajaran daripada sistem GST terdahulu serta isu yang timbul daripada sistem SST ketika ini. Bagaimanapun, tiada tempoh masa ditetapkan.
Pada 7 Okt, Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata kerajaan akan mengekalkan SST sambil menerapkan ciri GST yang bermanfaat bagi mengelakkan cukai bertindih dan cukai berganda. Katanya, langkah itu bertujuan melindungi perniagaan tanpa membebankan pengguna secara tidak wajar.
GST, iaitu cukai penggunaan berbilang peringkat, diperkenalkan pada April 2015 pada kadar 6% sebelum kadarnya ditetapkan kepada sifar pada Jun 2018 dan sistem itu digantikan dengan SST pada September 2018.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today12:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.