Malaysian Attention Engine
NewConfirmedupdated 2 h ago

'Gubal akta lindungi keluarga, waris mangsa along' - NGO

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 17:48 MYTLatest activity 20 Oct, 18:05BMconfidence 80%

What happened

'Gubal akta lindungi keluarga, waris mangsa along' - NGO (Harian Metro, 17:48)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

'Gubal akta lindungi keluarga, waris mangsa along' - NGO

By Safeek Affendy Razali · 20 Oct, 17:48 MYT

am@hmtro.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan disarankan menggubal satu akta khas bagi melindungi ahli keluarga, waris dan kenalan peminjam daripada menjadi mangsa ancaman sindiket pemberi pinjaman wang haram atau along

Ini kerana, sindiket kerap menjadikan orang terdekat dengan peminjam sebagai sasaran ancaman selepas peminjam gagal melangsaikan hutang atau menghilangkan diri.

Peguam Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Marcus Chong, berkata berdasarkan senario kes yang diterima, ahli keluarga peminjam sering menjadi ancaman keganasan seperti menerima ugutan, kediaman dan kenderaan dibaling cat merah selain kes along membakar rumah dengan membaling bom petrol.

"Tindakan ini menyebabkan rasa tidak selamat yang dialami oleh waris sehingga mereka bertindak membuat laporan polis.

"Bagaimanapun, apa yang lebih mengecewakan, pihak along kemudian sekali lagi mengugut ahli keluarga peminjam selepas mengetahui mereka membuat laporan polis. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Mungkinkah ada 'orang dalam' yang membocorkan maklumat," katanya dalam sidang media di Wisma MCA hari ini.

Terdahulu, Marcus yang juga Timbalan Ketua Pemuda MCA, mengadakan sidang media bersama tiga pihak yang menjadi mangsa sasaran ancaman along yang diugut dan disimbah cat merah.

Katanya, dengan undang-undang dan hukuman yang lebih keras, langkah along mengganggu keluarga atau waris terdekat peminjam pasti dapat dikawal.

Beliau berkata, perkara ini tidak akan berkesudahan sekiranya tiada tindakan serius atau ketegasan daripada pihak berkuasa.

"Selain tindakan menggubal atau mewujudkan akta lebih serius, orang ramai juga perlu ada kesedaran dalam membuat pinjaman wang daripada along.

"Kita dengar macam-macam ancaman namun mengapakah anda masih perlu berurusan dengan sindiket pemberi pinjaman wang haram," katanya.

Sementara itu, salah seorang mangsa yang juga ahli perniagaan mendakwa menerima ugutan daripada along, termasuk ancaman rumahnya disimbah cat merah dan dibakar susulan hutang bekas teman wanitanya, warga Thailand.

Lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa tidak mengetahui jumlah sebenar pinjaman dibuat bekas teman wanitanya yang baharu dikenali di sebuah pusat hiburan sejak Julai lalu.

"Wanita itu telah meninggalkan saya dan gagal dihubungi sehingga kini.

"Saya kemudian menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada tiga along berlainan pada 14 Oktober lalu yang memaklumkan wanita itu berhutang dengan mereka," katanya.

Mangsa mendakwa sudah membayar RM800 kepada salah seorang ah long bagi menyelesaikan hutang.

"Bagaimanapun, dua lagi along masih mengganggu dan mengugut saya, termasuk mengancam untuk menyimbah cat merah serta membakar rumah

"Malah, salah seorang daripada along itu menuntut bayaran RM8,000 setelah saya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh pada 14 Oktober lalu kerana mangsa bimbang terhadap keselamatan diri," katanya.

Seorang lagi mangsa, yang juga pengarah sebuah syarikat mendakwa menerima ugutan daripada individu tidak dikenali yang menuntut bayaran hutang bapanya, meskipun dia dan kakaknya sebelum ini sudah membantu melangsaikan pinjaman berjumlah RM35,000.

Lelaki berusia 31 tahun itu mendakwa gangguan along bermula pada 29 September lalu apabila dia menerima mesej WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang memaklumkan bapanya berusia 69 tahun mempunyai hutang.

"Bapa sudah tidak lagi tinggal bersama sejak 2022. Pada November tahun lalu, saya bersama kakak membantu menyelesaikan hutang bapa berjumlah RM35,000.

"Bagaimanapun, sebelum kejadian itu, bapa kerap meminjam wang daripada kami berdua dengan jumlah keseluruhan melebihi RM600,000 sejak 2019," katanya.

Lelaki itu berkata, susulan kejadian pada November tahun lalu, dia dan kakaknya mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan bapa mereka serta tidak lagi berhubung dengannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow18:00
Latest 18:12 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
20 Oct, 17:48 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    17:48

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.