
Gunung Kinabalu rekod 239 kes kecemasan dalam lima tahun
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KOTA KINABALU: Sebanyak 239 kes kecemasan membabitkan pendaki yang cedera atau tidak mampu meneruskan pendakian direkodkan di Gunung Kinabalu dalam tempoh kurang lima tahun bermula 2022 hingga bulan ini. (Berita Harian, 08:22)
Read the reporting
1 report
Gunung Kinabalu rekod 239 kes kecemasan dalam lima tahun
KOTA KINABALU: Sebanyak 239 kes kecemasan membabitkan pendaki yang cedera atau tidak mampu meneruskan pendakian direkodkan di Gunung Kinabalu dalam tempoh kurang lima tahun bermula 2022 hingga bulan ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz, berkata jumlah berkenaan menunjukkan keperluan kesiapsiagaan berterusan pasukan penyelamat di gunung yang menjadi kebanggaan negeri itu serta tarikan pendaki dari dalam dan luar negara.
Beliau berkata, di sebalik keindahan dan keistimewaannya, Gunung Kinabalu mempunyai cabaran keselamatan yang tinggi, dengan setiap kejadian memerlukan penilaian teliti, tindakan bersesuaian dan penyelarasan berkesan antara semua pihak terbabit.
"Operasi menyelamat di kawasan pergunungan bukanlah sesuatu yang mudah berikutan laluan yang curam, permukaan berbatu dan licin, persekitaran cuaca cepat berubah serta kekangan komunikasi.
"Keadaan ini sering memberi cabaran besar kepada pasukan penyelamat, terutamanya apabila membabitkan mangsa yang cedera dan tidak mampu bergerak sendiri.
"Sehubungan itu, JBPM sentiasa komited memberikan bantuan kecemasan dan melaksanakan operasi pencarian mengikut bidang kuasa, kompetensi serta keupayaan jabatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam meraikan kejayaan 26 peserta program Jelajah Akinabalu 4095: Sinergi Dua Entiti anjuran Kelab Media Prima (MPC) di sini, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Ashari Johari; Ketua Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan Agrobank, Intan Syazwani Isa serta Ketua Jabatan Jualan dan Perkhidmatan Agrobank Sabah, Samuel Michael.
Kesemua 26 peserta daripada MPC dan Kelab Agrobank berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada ketinggian 4,095.2 meter, kelmarin.
Program dengan kerjasama Kelab Agrobank itu disertai wakil MPC daripada Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times dan TV3, selain tujuh ahli Kelab Agrobank dengan kerjasama JBPM Sabah.
Mengulas lanjut, Mohd Pisar berkata, operasi di Gunung Kinabalu memerlukan anggota yang bukan sahaja mempunyai ketahanan fizikal dan mental, malah menguasai kemahiran teknikal serta berkeupayaan membuat keputusan dalam situasi berisiko di lapangan.
Katanya, keupayaan dan komitmen pasukan penyelamat dapat dilihat menerusi OPS MAURO, operasi membawa turun seorang pendaki warga Croatia yang mengambil masa lima hari bermula 6 September lalu.
Beliau berkata operasi berkenaan memperlihatkan komitmen dan ketahanan yang diperlukan dalam melaksanakan misi penyelamatan di kawasan pergunungan.
"Usaha membawa mangsa turun dengan selamat memerlukan perancangan yang rapi, koordinasi antara anggota serta penggunaan kaedah dan peralatan yang bersesuaian dengan keadaan muka bumi.
"Dalam operasi seperti ini, setiap keputusan mempunyai kepentingan yang besar. Pemilihan laluan, pengurusan mangsa, keadaan cuaca dan keselamatan anggota perlu sentiasa diberikan perhatian sepanjang operasi berlangsung.
"Bagi meningkatkan kecekapan misi penyelamatan di laluan mencabar, JBPM turut memanfaatkan inovasi teknologi seperti Body Harness Carrier (BHC) yang dibangunkan khas berasaskan keperluan sebenar di lapangan," katanya.
Tegasnya keselamatan anggota penyelamat dan penilaian risiko secara berterusan sentiasa menjadi keutamaan dalam memastikan kejayaan setiap operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Sementara itu beliau berkata kerjasama yang terjalin dalam program pendakian anjuran MPC mencerminkan hubungan erat yang terjalin antara JBPM dengan pengamal media.
"Sesungguhnya, media merupakan rakan strategik jabatan dalam menyampaikan maklumat, meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan serta mengetengahkan peranan dan tanggungjawab anggota bomba kepada masyarakat.
"Saya berharap ekspedisi ini menjadi pengalaman yang bermakna kepada semua peserta, di samping memberikan peluang untuk mengenali dengan lebih dekat keunikan Gunung Kinabalu serta cabaran yang dihadapi oleh pasukan penyelamat di kawasan pergunungan," katanya.
Mohd Pisar berkata hubungan antara JBPM dengan media bukan sekadar berkaitan penyampaian berita, tetapi turut membabitkan usaha membina kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai keselamatan serta kepentingan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan.
Beliau berkata melalui penulisan, laporan dan perkongsian maklumat yang tepat, media dapat membantu menyampaikan mesej keselamatan kepada masyarakat dengan lebih meluas.
"Maklumat yang disampaikan secara bertanggungjawab juga dapat membantu orang ramai memahami cabaran sebenar yang dihadapi oleh pasukan penyelamat.
"Saya berharap ekspedisi ini memberikan peluang kepada pihak media untuk melihat sendiri keunikan dan cabaran Gunung Kinabalu, sekali gus membawa pulang pengalaman yang dapat dikongsikan kepada masyarakat.
"Semoga hubungan strategik yang terjalin antara JBPM dan pengamal media akan terus diperkukuh demi kepentingan masyarakat dan keselamatan bersama," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.