
Guru meninggal dunia semasa jerebu tebal
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA – Seorang guru di Sekolah Dasar Negeri (SDN) Tanjung Pagar 3, kota Banjarmasin meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dan sakit dada, lapor laman berita Arrahmah semalam. (Kosmo!, 18:45)
Read the reporting
1 report
Guru meninggal dunia semasa jerebu tebal
JAKARTA – Seorang guru di Sekolah Dasar Negeri (SDN) Tanjung Pagar 3, kota Banjarmasin meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dan sakit dada, lapor laman berita Arrahmah semalam.
Keadaan kesihatan guru dikenali sebagai Lisna itu merosot, dipercayai disebabkan jerebu tebal daripada kebakaran hutan yang menyelimuti wilayah Kalimantan Selatan.
Lisna menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu minggu lalu.
Sebelum meninggal dunia, dia dilaporkan menempuh perjalanan sekitar 30 minit menuju ke sekolah dengan melewati jerebu tebal untuk menjalankan tugas sebagai pendidik.
Lisna diketahui menghidap penyakit asma akut yang membuatnya rentan terhadap asap.
Menurut ibunya, Marhamah, keadaan jerebu di sepanjang perjalanan menuju ke sekolah anaknya sangat tebal.
Marhamah berkata, anaknya kerap mengalami serangan asma, terutama pada pagi hari sebelum pergi ke sekolah.
Dalam keadaan tersebut, Lisna biasanya meminta izin untuk tidak pergi ke sekolah kepada pengetua.
Menurut Marhamah, Lisna kerap menggunakan alat bantu pernapasan nebulizer setiap kali selesai mengajar bagi membantu meredakan gangguan pernafasan yang dialaminya.
Asap kebakaran hutan mengganggu kualiti udara dan berisiko menjejaskan kesihatan penghidap asma.
Meskipun demikian, punca sebenar kematian Lisna dan kaitan keadaan perubatannya dengan krisis jerebu belum dapat dipastikan dan hanya berdasarkan keterangan keluarga. – AGENSI
The post Guru meninggal dunia semasa jerebu tebal appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!18:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.