
Guru tuisyen direman 7 hari disyaki amang seksual dua murid
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Guru tuisyen direman 7 hari disyaki amang seksual dua murid (Harian Metro, 14:21)
Read the reporting
1 report
Guru tuisyen direman 7 hari disyaki amang seksual dua murid
am@hmetro.com.my
Batu Pahat: Seorang guru tuisyen lelaki direman tujuh hari selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan yang juga anak muridnya di sebuah pusat tuisyen.
Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman terhadap suspek berusia 32 tahun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Berdasarkan laporan, polis menerima maklumat daripada ibu salah seorang mangsa mendakwa anak perempuannya berusia enam tahun diperlakukan sedemikian oleh suspek.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku Rabu lalu, antara jam 7 malam hingga 8 malam di sebuah pusat tuisyen di Taman Bukit Perdana ketika mangsa mengikuti kelas diajar suspek.
Perbuatan itu terbongkar apabila salah seorang mangsa pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibu bapanya.
Susulan laporan itu, polis menahan suspek yang masih bujang semalam dan merampas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai turut merakam perbuatan lelaki itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro14:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.