Malaysian Attention Engine
Live wire
51Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya51Anwar dismisses claims minister took RM9.5mil from businessman51Mafia korporat: Pasukan AMLA Bukit Aman beku RM4.3 bilion, sita RM1 bilion44Ahli Parlimen Australia kritikal selepas dirempuh kenderaan di luar pejabat44MOF henti kelulusan kaedah tender KKDW lepas teguran audit43‘Lesti, saya mohon maaf atas adab yang tidak sempurna’41Dana tambahan RM500 juta dilulus untuk kementerian Zahid selepas terlebih belanja38Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan37General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am36Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok36Abbe Hae didakwa ditahan polis35Rapid KL sedia 85 bas khas sempena Grand Prix Malaysia
RisingConfirmedupdated 1 h ago

Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
45
no previous hour
Momentum
56
2 vs 0 mentions/h
Sources
4
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 09:20 MYTLatest activity 20 Oct, 10:46BMconfidence 84%

What happened

Syarikat itu berkata, pemeriksaan terkini tidak menemui kebakaran aktif atau bukti mengaitkan anak syarikat serta pekerjanya sebagai punca kejadian. (Astro Awani (BM), 09:20)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Guthrie nafi dakwaan cetus kebakaran hutan di Indonesia

By TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN · 20 Oct, 10:46 MYT

PETALING JAYA- Syarikat perladangan Malaysia, SD Guthrie (Guthrie) menafikan laporan yang mendakwa anak-anak syarikat atau pekerjanya mencetuskan kebakaran hutan di Indonesia.Menerusi kenyataan, syarikat bertaraf multinasional itu menegaskan dakwaan terhadap Guthrie tidak berasaskan bukti yang kukuh dan bercanggah dengan hasil pemeriksaan terkini di lapangan yang mengesahkan tiada kebakaran yang masih aktif dikesan di mana-mana ladang milik syarikat tersebut di Indonesia.Tegasnya, pemeriksaan tersebut juga tidak menemukan sebarang bukti bahawa kebakaran berpunca daripada anak-anak syarikat atau pekerja Guthrie."Beberapa syarikat yang telah dikaitkan dengan Guthrie dalam laporan awam juga sebenarnya tidak dimiliki, diurus mahupun dikawal oleh Guthrie," katanya pada Selasa.Ujar Guthrie, syarikat itu telah melaksanakan Dasar Sifar Pembakaran yang ketat di seluruh kawasan operasinya, di samping mendukung komitmen pembangunan Tanpa Penebangan Hutan, Tanpa Tanah Gambut dan Tanpa Eksploitasi sejak tahun 1985.Antara langkah pencegahan yang dilaksanakan termasuklah pemantauan paras air dalam masa nyata, pemantauan aras air bawah tanah di kawasan tanah gambut, kawalan kelembapan pada tahap yang sesuai, program pencegahan kebakaran bersama masyarakat, serta latihan pengurusan tanah secara bertanggungjawab untuk pekebun kecil dan petani tempatan."Apabila kebakaran dikesan dalam kawasan atau berhampiran sempadan operasi Guthrie, syarikat tersebut akan bertindak serta-merta tanpa mengira punca kebakaran."Anak syarikat Guthrie di Indonesia, Minamas Plantation, mempunyai 67 pasukan pemadam kebakaran yang terdiri daripada 1,005 anggota terlatih."Keupayaan ini diperkukuhkan melalui penggunaan dron serta pemantauan inframerah yang meliputi kawasan konsesi perladangan dan kira-kira 322,000 hektar tanah masyarakat di sekitarnya," jelasnya.Menurutnya, Guthrie memperuntukkan kira-kira 3.5 bilion Rupiah (RM800,000) sebulan untuk menyelenggara dan menggerakkan sumber-sumber tersebut.Menerusi anak-anak syarikatnya di Indonesia, Guthrie turut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani kebakaran hutan dan tanah di luar kawasan konsesinya.Antara Januari hingga September 2026, pasukan-pasukan pemadam kebakaran syarikat telah menangani dan memadamkan 2,411 kebakaran, termasuklah 2,376 kejadian yangberlaku di tanah masyarakat setempat.Tindakan membantu memadamkan kebakaran di luar kawasan operasi Guthrie tidak seharusnya dianggap sebagai bukti bahawa syarikat telah mencetuskan kebakaran.Bagi kebakaran yang berlaku di dalam kawasan operasi Guthrie, sistem pemantauan membolehkan pengesanan awal dan tindakan pemadaman diambil dengan segera."Laporan juga dipercayai merujuk kepada peta Hak Guna Usaha (HGU) yang lama dan tidak mencerminkan status pemilikan atau sempadan operasi semasa."Pada masa yang sama, laporan turut mengandungi fakta yang tidak tepat apabila menyatakan bahawa pokok-pokok sawit di kawasan kebakaran telah matang dan perlu ditebang, sedangkan pokok-pokok tersebut masih muda dan produktif."Justeru, tiada keperluan bagi operasi Guthrie untuk membakar kawasan tersebut bagi tujuan pembersihan tanah. Profil umur pokok berkenaan juga tidak menyokong dakwaan bahawa Guthrie sengaja mencetuskan kebakaran," katanya.Guthrie akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan yang berkaitan di Indonesia."Syarikat juga menggesa supaya sebarang data atau maklumat pemilikan yang tidak tepat diperbetulkan, manakala setiap dakwaan hendaklah disokong oleh bukti yang boleh dipercayai.Guthrie terbuka untuk berbincang dengan pihak berkepentingan yang berkaitan secara konstruktif demi mencapai matlamat bersama untuk mencegah kebakaran serta perlindungan masyarakat dan alam sekitar," jelas syarikat itu.

Why it is rising

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 4 independent sources, 2 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWRISINGnow10:0011:00
Latest 11:36 MYT
45Rising
Mentions / h2Velocity0.03/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
  3. State
    Rising

    4 sources, growth +0%, z 1.8

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
20 Oct, 09:20 MYT
Origin confidence 90% · 37 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    09:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Astro Awani (BM), Free Malaysia Today, Google News Malaysia (BM), Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia
Astro Awani (BM)NewsmainstreamBM
Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia
Free Malaysia TodayNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.