Malaysian Attention Engine
Live wire
54Politics : DAP Reps Who Fail To Meet KPIs Risk Not Being Renominated - Loke47Politics : No Issues With PH Seat Allocation In Melaka – Adam Adli44Hujan lebat 2 jam, 9 kawasan di Pangkor banjir44General : UNESCO Recognition Does Not Guarantee Silat's Survival - Saarani39Kapal tangki minyak terkena periuk api di Selat Hormuz351,359 jenayah komersial di Kelantan dalam tempoh 9 bulan35Malam meraikan 22 tahun perjalanan seni Jaclyn Victor35General : Surge In HRD Corp Grant Applications Reflects Positive Reforms - Ramanan35Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya35Rusuhan di Paris: 'Kami terperangkap kerana kanan dan kiri tiada jalan keluar'34Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa34Elon Musk perkenalkan kereta terbang Tesla
NewUnconfirmedupdated 51 min ago

Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 15:19 MYTLatest activity 18 Oct, 15:19BMconfidence 60%

What happened

Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya (Harian Metro, 15:19)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya

By Nor Fazlina Abdul Rahim · 18 Oct, 15:19 MYT

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Polis Kelantan membuka dua kertas siasatan berhubung isu tular membabitkan seorang aktivis media sosial serta isu berkaitan komuniti etnik Rohingya di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

Katanya, dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 341/268 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

"Bagi kes mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dua lelaki tempatan ditangkap bagi membantu siasatan berhubung kes samun yang membabitkan seorang individu dalam kalangan komuniti Rohingya. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, polis akan terus menjalankan siasatan secara profesional dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang.

"Orang ramai diminta supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan. Berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan," katanya.

Jelasnya, merujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memaklumkan sebanyak 199 kes jenayah membabitkan pelarian Rohingya direkodkan di seluruh Malaysia bagi tempoh 2022 hingga Ogos 2026.

Pada masa sama katanya, pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertujuan merekodkan identiti dan data biometrik pelarian secara sistematik, selain membantu pihak berkuasa melaksanakan tapisan keselamatan dan mengesahkan identiti individu berdaftar.

"PDRM komited memelihara ketenteraman awam, menegakkan undang-undang dan memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara," katanya.

Terdahulu media melaporkan, aktivis masyarakat dikenali sebagai Abbe Hae didakwa ditahan polis petang semalam sebelum dibebaskan tengah hari tadi.

Abbe Hae atau nama sebenar dikatakan Mohd Azhan Mohd Adnan dikatakan ditahan bersama 15 individu lain selepas tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk memberi keterangan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 15:34 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 15:19 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    15:19

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.