
Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,000
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010, dinaikkan dari RM9,000 kepada RM12,000 sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kumpulan pertengahan iaitu M40. (Utusan Malaysia, 16:03)
Read the reporting
5 reports
Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,000
KUALA LUMPUR: Kerajaan menaikkan had pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000, selain mengurangkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak satu mata peratusan bagi membantu golongan pertengahan (M40) yang berdepan beban kos sara hidup.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata had pelepasan cukai individu itu tidak disemak sejak 2010.
"Kerajaan mendengar keresahan golongan pertengahan (M40) yang cekal bersabar meskipun turut terhimpit beban sara hidup," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Pengurangan kadar cukai pendapatan individu pemastautin itu membabitkan banjaran pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 yang dikurangkan kepada 18 peratus.
Bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,000 pula, kadar cukai dikurangkan kepada 24 peratus.
Pada masa sama, kerajaan turut memperluas skop pelepasan cukai individu bagi merangkumi beberapa perbelanjaan tambahan, termasuk rawatan perubatan, penjagaan ahli keluarga, pendidikan dan gaya hidup.
Pelepasan cukai bagi rawatan perubatan diperluas meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin.
Bagi pelepasan cukai penjagaan ibu bapa dan datuk nenek pula diperluas kepada semua perbelanjaan penjagaan dan tidak lagi terhad kepada perbelanjaan berkaitan kesihatan.
Peralatan sukan, pelepasan cukai turut diperluas meliputi pembelian kasut sukan.
Skop pelepasan cukai bagi yuran pengajian dan kemahiran juga diperluas merangkumi semua bidang pengajian serta tuisyen anak.
Selain itu, pelepasan cukai gaya hidup diperluas merangkumi langganan kecerdasan buatan (AI), selain kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar.
Dalam pada itu, kerajaan mengambil pendekatan progresif dengan menyelaraskan kadar cukai bagi individu berpendapatan tinggi yang memperoleh pendapatan melebihi RM1 juta kepada 30 peratus.
Anwar berkata, kenaikan had pelepasan cukai dan pengurangan kadar cukai individu itu dijangka memberikan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600 kepada kira-kira lima juta pembayar cukai.
Langkah berkenaan diumumkan sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam Belanjawan 2027 yang menyentuh kadar cukai pendapatan individu serta peluasan skop pelepasan cukai.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is cooling
- Spread across News, YouTube
- 7 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (7 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
- NewsFirst news outlet reports it (Berita Harian) source
- SpreadYouTube discussion begins (KiniTV (YouTube)) source
- LanguageFirst mixed-language coverage (Free Malaysia Today (YouTube)) source
- StateRising
5 sources, growth +400%, z 0.0
- StateAccelerating
growth +400% with positive acceleration
- StateExploding
attention 58, growth +400%, 2 platforms, 5 sources
- StatePeak
velocity 0.067/min below peak 0.067
- StateCooling
velocity 0.033/min under half of peak 0.067
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:03
- Step 2YouTube (mainstream)KiniTV (YouTube)16:12 · +9 min
- Step 3NewsSAYS17:08 · +66 min
Internet reaction
What we know
- Covered by 6 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today (YouTube), Harian Metro, KiniTV (YouTube)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (8)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.




