Hak jual tiket bas ekspres datang dengan tanggungjawab - TMAS
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM - Pemberian hak penjualan tiket kepada terminal berlesen bukan sekadar keistimewaan komersial, sebaliknya turut meletakkan tanggungjawab kepada pihak terminal untuk memastikan operasi lebih cekap dan sistematik.Pengerusi Terminal Management and Services Sdn. Bhd (TMAS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pelaksanaan dasar itu turut membolehkan pihak terminal mengurus penumpang, jadual perjalanan dan pelepasan bas dengan lebih teratur."Melalui dasar ini, pihak terminal mempunyai keupayaan yang lebih berkesan untuk memantau harga tiket dengan lebih jelas serta memastikan pema (Sinar Harian, 17:44)
Read the reporting
1 reportHak jual tiket bas ekspres datang dengan tanggungjawab - TMAS
SHAH ALAM - Pemberian hak penjualan tiket kepada terminal berlesen bukan sekadar keistimewaan komersial, sebaliknya turut meletakkan tanggungjawab kepada pihak terminal untuk memastikan operasi lebih cekap dan sistematik.Pengerusi Terminal Management and Services Sdn. Bhd (TMAS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pelaksanaan dasar itu turut membolehkan pihak terminal mengurus penumpang, jadual perjalanan dan pelepasan bas dengan lebih teratur."Melalui dasar ini, pihak terminal mempunyai keupayaan yang lebih berkesan untuk memantau harga tiket dengan lebih jelas serta memastikan pematuhan terhadap kadar tambang yang ditetapkan."Langkah ini dapat membantu mengawal aktiviti penjualan tiket yang tidak mematuhi peraturan dan standard ditetapkan pihak kerajaan."Pelaksanaan dasar melalui Sistem Tiket Bersepadu (CTS) diyakini dapat membanteras kegiatan penjualan tiket tidak sah," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan ketetapan baharu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang hanya membenarkan penjualan tiket bas ekspres melalui terminal berlesen mulai 1 November depan.Mengulas lanjut, Nazri berkata, keputusan itu merupakan langkah positif untuk memperkukuh tadbir urus terminal bas ekspres, meningkatkan ketelusan transaksi kepada pengguna serta menawarkan caj komersial yang lebih bersesuaian kepada pengendali bas ekspres.Tambah beliau, sistem berkenaan juga membuka peluang kerjasama komersial yang lebih kompetitif kepada syarikat pengendali bas ekspres melalui integrasi secara langsung dengan sistem terminal."TMAS akan terus memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada Kementerian Pengangkutan (MOT), APAD serta semua pengendali bas ekspres."Usaha ini bagi memperkukuh ekosistem pengangkutan awam darat yang lebih profesional, berdaya saing dan berpaksikan kepentingan pengguna, industri serta negara," ujarnya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian17:44
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.