
KBS harap 'demam' MotoGP sama hebat seperti F1
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Selepas mencetuskan fenomena kehadiran penonton luar biasa pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap sambutan sama dapat diulangi pada Grand Prix (GP) Malaysia dari 30 Oktober hingga 1 November ini dengan sasaran kehadiran 200,000 penonton di litar berkenaan. (Berita Harian, 17:10)
Read the reporting
3 reports
Pastikan masalah pengangkutan tak berulang di GP Malaysia
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penambahbaikan sistem pengangkutan dan pengurusan trafik menjadi antara perkara yang akan diberi perhatian bagi memastikan masalah kesesakan tidak berulang pada penganjuran MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pengalaman penganjuran Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain di Sepang baru-baru ini memberi pengajaran kepada pihak pengurusan, terutama SIC untuk menilai kelemahan dan melakukan penambahbaikan bagi memastikan penonton lebih selesa.
Justeru, penilaian perlu dilakukan secara menyeluruh, terutama dari aspek komunikasi, pengurusan acara dan kemudahan pengangkutan bagi memastikan pergerakan penonton lebih lancar tanpa sebarang isu berbangkit pada masa akan datang.
"Kita perlu memperbaiki semua aspek, termasuk komunikasi dan penganjuran. Ada penambahbaikan dari hari pertama hingga hari ketiga (GP Bahrain), termasuk penglibatan RELA, penambahan bas Rapid dan beberapa perkara lain.
"Kita tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya perkara paling penting adalah mencari penyelesaian bersama," katanya pada sidang media GP Malaysia di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif dalam majlis berkenaan.
Sebelum ini, pada hari pertama F1 Bahrain di Sepang, isu pengangkutan menjadi tumpuan apabila orang ramai terpaksa menunggu berjam-jam sehingga ada yang mengambil keputusan berjalan kaki kerana tidak sanggup menunggu lebih lama.
Dalam pada itu, Taufiq berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan dalam jawatankuasa berkaitan bagi mengenal pasti langkah yang perlu diambil sekiranya acara berskala besar seumpama itu dianjurkan lagi.
"Jawatankuasa kita akan membincangkan langkah seterusnya sekiranya penganjuran acara berskala besar seperti ini diadakan lagi, termasuk mengenal pasti kelemahan perlu dielakkan serta menambah baik infrastruktur dan sistem pengangkutan. Semua aspek ini akan dinilai bagi memastikan kelancaran penganjuran pada masa akan datang," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is rising
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.