
Hakisan pantai: 'Ibarat telur di hujung tanduk' - penduduk
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA NERUS: 'Ibarat telur di hujung tanduk' itu nasib yang dialami seorang peniaga di Kampung Tanjung, dekat sini, apabila rumah kedai yang didiaminya kini hanya satu meter dari laut berikutan kejadian hakisan pantai. (Berita Harian, 11:25)
Read the reporting
1 report
Hakisan pantai: 'Ibarat telur di hujung tanduk' - penduduk
KUALA NERUS: 'Ibarat telur di hujung tanduk' itu nasib yang dialami seorang peniaga di Kampung Tanjung, dekat sini, apabila rumah kedai yang didiaminya kini hanya satu meter dari laut berikutan kejadian hakisan pantai.
Miasni Ab Wahab, 38, berkata, separuh tanah miliknya sudah menjadi sebahagian laut dan separuhnya yang tinggal kini menunggu masa dan bakal lenyap jika kawalan hakisan tidak dilakukan segera.
Katanya, dia kini dalam bimbang berikutan kedudukan rumah bersama kedai makan yang diusahakan semakin hampir dengan laut.
Jarak antara rumah kedainya itu hanya satu meter dari laut dan kini lebih bimbang apabila tidak lama lagi musim tengkujuh bakal tiba yang membawa hujan lebat, angin kencang serta ombak besar.
"Kira-kira 11 tahun saya mengusahakan kedai makan di sini dan jarak antara kedai saya ini dengan pantai satu ketika dahulu terletak lebih 100 hingga 150 meter, namun hari ini hanya tinggal satu meter.
"Nak berniaga pun tidak sedap hati kerana memikirkan kedai dan rumah akan lenyap ditelan ombak tambahan musim monsun bakal tiba tidak lama lagi," katanya ketika ditemui, hari ini.
Katanya, sebuah surau milik pengusaha chalet yang terletak bersebelahan kedainya sudah lenyap akibat hakisan yang boleh disifatkan berlaku dengan drastik.
Penduduk, Rohmah Abdul Ghani, 61, berkata, jarak rumahnya dengan pantai kini terletak hanya beberapa meter.
"Anak-anak yang pulang bercuti sekiranya ingin memancing boleh melontar tali pancing hanya duduk di atas tebing di belakang rumah ketika air laut pasang dan ia menunjukkan bertapa dekatnya laut dengan rumahnya sekarang.
"Tahun lalu tiga buah rumah lenyap ditelan ombak dan kini hanya tinggal lima buah rumah berdekatan dengan rumah saya," katanya yang menghuni rumah pusaka milik keluarganya sejak 30 tahun lalu.
Katanya, dia juga gusar memikirkan sama ada mahu berpindah atau tidak kerana musim monsun bakal tiba tidak lama lagi memandangkan kedudukan rumahnya kian hampir dengan laut.
Katanya, dia berharap pihak berwajib dapat melakukan kerja-kerja menambak pantai menggunakan bongkah batu dengan seberapa segera bagi mengawal hakisan yang berlaku di di pesisir belakang rumahnya dan jiran.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.