
Harga baharu Peugeot XP400 bermula RM33,990
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM: Peugeot Motocycles Malaysia mengumumkan harga baharu XP400 pada RM33,990 dan RM35,990 yang termasuk pakej Adventure bernilai RM2,000. (Berita Harian, 19:04)
Read the reporting
1 report
Harga baharu Peugeot XP400 bermula RM33,990
SHAH ALAM: Peugeot Motocycles Malaysia mengumumkan harga baharu XP400 pada RM33,990 dan RM35,990 yang termasuk pakej Adventure bernilai RM2,000.
Ia merangkumi kotak simpanan belakang (top box) tulen Peugeot dan crash bar yang disertakan bersama setiap unit.
Pengurus Besar Peugeot Motocycles Malaysia, Tan Soon Wei, berkata maklum balas pelanggan turut diambil kira dalam penetapan harga baharu XP400.
"Kami mahu menawarkan pakej yang memberikan nilai tambahan kepada pelanggan, termasuk aksesori tulen Peugeot yang disertakan bersama setiap unit," katanya ketika pelancaran.
XP400 dikuasakan enjin satu silinder 400 cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 36.7hp dan tork 38.1Nm, dipadankan dengan transmisi automatik CVT.
Model itu ditawarkan dalam warna Mad Black dan Satin Technium, dengan jumlah keseluruhan kurang daripada 50 unit untuk pasaran Malaysia.
Sementara itu, Peugeot Motocycles Malaysia turut memperkenalkan kempen tunggang uji bagi model XP400, Django dan Speedfight 4+, dengan peserta berpeluang memenangi tiket VIP Gold untuk konsert kumpulan Big Bang.
Untuk menyertai kempen itu, peserta perlu menjalani tunggang uji model terpilih dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial, dengan pemenang ditentukan berdasarkan tahap pembabitan hantaran.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian19:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.