
Harimau belang dikesan berkeliaran di jalan Bukit Fraser-KKB
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Seekor harimau belang dilapor dikesan berkeliaran di tepi jalan laluan Bukit Fraser menghala ke Kuala Kubu Bharu (KKB), Selangor. (Berita Harian, 12:15)
Read the reporting
2 reports
‘Kurusnya, mesti tengah lapar’
PETALING JAYA – Kelibat seekor harimau yang didakwa berkeliaran di tepi jalan berhampiran Simpang Bukit Fraser, menghala ke Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya.
Berdasarkan maklumat yang tular, harimau itu dikatakan dikesan kira-kira satu kilometer dari Simpang Bukit Fraser, di kawasan Trek Gus Gap Chorocco.
Pengguna jalan raya, khususnya pengunjung dan pendaki yang melalui laluan berkenaan, dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak mengambil risiko sekiranya terserempak dengan haiwan liar itu.
Bagaimanapun, keadaan fizikal haiwan liar itu yang kelihatan kurus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan ramai.
Malah, rata-rata turut memohon orang ramai untuk membuat laporan kepada pihak Perhilitan berhubung penemuan haiwan berkenaan.
“Tolong buat laporan kepada Perhilitan, takut pemburuh haram pergi bunuh dia,” kata Rayrymnd.
“Kurusnya dia, mesti tengah lapar,” seloroh Saleena.
“Tolong padam hantaran ini, pergi buat laporan di Perhilitan,” ujar Ayke. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Kurusnya, mesti tengah lapar’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 3 independent sources
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.