
Hati-hati ubat kurus belum lulus ujian klinikal
Only social or community posts, or a single source.
What happened
DALAM era digital, seringkali terpapar di skrin peranti kita, pelbagai iklan di media sosial mengenai produk kesihatan dan kecantikan termasuk produk untuk kurus. (Berita Harian, 11:01)
Read the reporting
1 report
Hati-hati ubat kurus belum lulus ujian klinikal
DALAM era digital, seringkali terpapar di skrin peranti kita, pelbagai iklan di media sosial mengenai produk kesihatan dan kecantikan termasuk produk untuk kurus.
Apa yang membimbangkan adalah penjual produk itu dengan berani menggunakan istilah saintifik bagi meyakinkan pembeli.
Antara yang sering digunakan adalah seperti "produk ini sudah diuji keselamatannya di makmal penyelidikan" atau "produk ini sudah lulus ujian klinikal Fasa 1 dan Fasa 2" atau "Produk ini kini sedang melalui Ujian Klinikal Fasa 3, terbukti berkesan dan selamat!"
Bagi masyarakat awam, yang tidak memahami makna istilah ujikaji saintifik atau fasa-fasa ujian klinikal, penggunaan ayat sebegini kedengaran seperti produk sudah mendapat kelulusan rasmi dan selamat.
Hakikatnya, ia hanyalah menyebabkan salah tafsir yang boleh membahayakan keselamatan dan mengancam nyawa.
Contohnya, baru-baru ini terdapat kes penggunaan suntikan "pen kurus' Retatrutide atau Reta, bagi tujuan menurunkan berat badan, yang dijual berleluasa secara dalam talian.
Ubat itu sebenarnya sedang melalui peringkat ujian klinikal Fasa 3 dan belum disahkan selamat untuk digunakan.
Setakat ini RETA belum diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa perubatan seperti Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) serta Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan
(KKM).
Ini bermakna profil keselamatan ubat ini masih belum disahkan dan kesan jangka panjangnya juga belum diketahui.
Malangnya ubat yang belum disahkan selamat ini sudah dijual secara berleluasa, dan dilaporkan mencetuskan komplikasi yang teruk, yang memerlukan rawatan kecemasan di hospital.
Antara komplikasi selepas menggunakan produk suntikan kurus yang tidak terkawal ini termasuklah kesan mudarat seperti kerosakan organ, usus bocor, degupan jantung laju dan kerosakan hati serta buah pinggang.
Ramai orang menyangkakan apabila sesuatu ubat dilaporkan telah melepasi Ujian Klinikal Fasa 1 dan 2 maka ubat itu selamat untuk digunakan.
Tanggapan ini tidak tepat, hakikatnya kejayaan melepasi fasa awal ujian klinikal sama sekali tidak bermaksud ia selamat. Ubat berkenaan sebenarnya perlu melalui fasa seterusnya iaitu Fasa 3, yang lebih kritikal iaitu ubat diuji pada skala jauh lebih besar, membabitkan ribuan orang pesakit.
Fasa 3 ini bertujuan membandingkan keberkesanan ubat baru dengan ubat yang sudah sedia ada.
Di fasa ini, separuh dari bilangan pesakit diminta menggunakan ubat baharu yang sedang diuji manakala separuh lagi pesakit pula dirawat dengan ubat sedia ada, untuk melihat yang mana
lebih berkesan.
Penyelidik akan menilai kesan dari pengambilan ubat baharu itu
iaitu dari segi kelangsungan hidup yang lebih lama, pengurangan gejala atau penghasilan gejala baharu selepas menggunakan ubat baru tersebut, dan mencari bukti adakah ubat baharu ini lebih baik dari yang sedia ada atau sebaliknya.
Selagi ujian-ujian ini belum sempurna, kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa seperti NPRA tidak akan diperoleh. Ubat baharu itu pada hakikatnya tidak sah dan belum selamat untuk kegunaan umum.
Selepas fasa itu, ubat akan melalui fasa seterusnya iaitu Fasa 4, iaitu ia akan dipantau secara pasca pemasaran dalam dunia sebenar.
Ubat akan dijual dan digunakan oleh jutaan pengguna di seluruh dunia. Kesan dari penggunaan ini akan terus dipantau bagi menilai sama ada terdapat kesan sampingan yang mungkin tidak berlaku sepanjang ujian klinikal berskala kecil, tapi hanya muncul selepas penggunaan jangka masa panjang.
Bahaya eksploitasi istilah saintifik dan pasaran gelap dalam talian
Keinginan untuk kurus atau mendapatkan berat badan yang ideal adalah niat yang murni, selari dengan hasrat menjaga kesihatan dan mengikut gaya hidup sihat.
Namun pembelian produk dalam talian boleh menghalang hasrat ini malah turut mengundang bahaya yang boleh mengancam nyawa.
Ubat tidak sah yang dijual dalam talian mungkin produk tiruan yang nampak sama seperti ubat yang dicari, namun produk tiruan ini tidak mengandungi bahan ubat.
Malah, ada kala mengandungi bahan lain yang memudaratkan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempertaruhkan nyawa demi untuk cepat kurus.
Sentiasa berhati-hati dengan taktik penjual produk kesihatan atas talian yang menunggang istilah "telah melepasi ujian klinikal" dan memperdaya pengguna untuk membeli produk mereka.
Orang ramai disarankan untuk mengamalkan yang berikut:
1. Semak sebelum beli
Jangan terpedaya dakwaan di media sosial bahawa telah melepasi Ujian Klinikal Fasa 1 dan 2 bermaksud selamat digunakan. Semak terlebih dahulu.
Produk atau ubat itu perlu mempunyai nombor pendaftaran MAL yang sah serta mempunyai label keselamatan daripada NPRA atau KKM. Buat juga semakan dalam talian di laman web KKM.
Kegagalan untuk menyemak terlebih dahulu dan tidak berhati-hati dengan sebarang dakwaan atau testimoni penjual akan menyebabkan pengguna terpaksa menanggung kesengsaraan dikemudian hari.
2. Jauhi pembelian produk kurus tanpa preskripsi sah doktor
Ubat penurunan berat badan yang berkesan dan selamat hanya boleh diperoleh melalui preskripsi sah dari doktor perubatan sah, selepas satu penilaian kesihatan menyeluruh dibuat di klinik kesihatan atau hospital.
Tanpa semua ini, percubaan untuk menurunkan berat badan hanya akan mengundang bahaya.
3. Kembali kepada asas
Tiada jalan pintas untuk cepat kurus. Penurunan berat badan yang selamat dan mampan sebenarnya bergantung kepada pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang aktif.
Jalan pintas yang dijanjikan oleh penjual dalam talian selalunya akan
menjerumuskan pengguna kepada bahaya yang mengancam nyawa.
Ingatlah, kekal sihat itu adalah pilihan yang patut diutamakan. Mendapat bentuk badan ideal serta kurus dengan cara yang betul adalah lebih baik dan selamat.
Jangan biarkan diri menjadi mangsa taktik pemasaran licik penjual dalam talian.
* Penulis Pensyarah Kanan Farmasi, UniKL Royal College of Medicine Perak
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:01
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.