Malaysian Attention Engine
Live wire
52Polis tahan suspek kes kejar mengejar di PJ50Nahas 11 kenderaan: Pemandu lori positif dadah | Sinar Harian47World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix44General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption40World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia39General : Budget 2027: Individual Tax Relief Raised To RM12,000 - PMm Anwar37Gempa bumi kuat 7.7 magnitud gegar Panama37General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income36Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas36Sport : Denmark Open: Kai Wun-Wei Chong Targets Top Ten Ranking
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Hidup daif, empat beranak tumpang mandi di tandas pusat beli-belah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 08:00 MYTLatest activity 10 Oct, 08:00BMconfidence 60%

What happened

ALOR SETAR: “Saya tidak minta banyak, cukuplah kalau bumbung rumah yang bocor dibaiki selain ada tandas supaya anak-anak dapat hidup lebih selesa.”. (Utusan Malaysia, 08:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Hidup daif, empat beranak tumpang mandi di tandas pusat beli-belah

By JAMLIAH ABDULLAH · 10 Oct, 08:00 MYT

ALOR SETAR: “Saya tidak minta banyak, cukuplah kalau bumbung rumah yang bocor dibaiki selain ada tandas supaya anak-anak dapat hidup lebih selesa.”.

Itu harapan suri rumah, Mariati Antek, 37, yang dihimpit kesempitan hidup sehingga terpaksa menetap di sebuah rumah usang bersama suami dan dua anak di Kuala Kangkong, di sini.

Rumah yang menjadi tempat berteduh keluarga itu berada dalam keadaan serba daif dengan bumbung yang bocor selain tiada tandas.

Lebih memilukan, bekalan air rumah keluarga itu pernah dipotong kira-kira tiga bulan lalu setelah tidak mampu membayar tunggakan bil sebanyak RM1,100.

Menurut Mariati yang sarat hamil tujuh bulan, keadaan itu memaksanya membawa anak-anak ke tandas sebuah pusat beli-belah berhampiran untuk mandi dan buang air.

“Bekalan air baru disambung semula bulan lalu selepas ada seorang dermawan membantu melangsaikan tunggakan bil itu. Sepanjang tiada air, memang susah. Kami terpaksa ke tandas dan mandi di luar, kami cuba bertahan kerana tiada pilihan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mariati yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, suaminya, Mohd. Akhir Omar, 37, bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan tidak tetap dan kadangkala kurang RM700 sebulan.

Pasangan itu mempunyai dua anak, Nur Naila Farafisyah, 7, yang bersekolah di darjah satu manakala anak kedua mereka, Muhammad Nazim Irfan, 5, menghidap penyakit jantung sejak lahir.

Katanya, dengan pendapatan suami yang tidak menentu, keperluan harian keluarga dan kos rawatan anak, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membaiki rumah pusaka berkenaan yang semakin usang.

“Kalau hujan air masuk ke dalam rumah dan pernah juga saya hampir dipatuk ular senduk ketika bangun tidur. Rumah ini memang banyak kekurangan tetapi kami tetap tinggal di sini kerana inilah tempat yang kami ada,” katanya.

Mariati berkata, dia tidak berniat mengambil kesempatan daripada mana-mana pihak dan hanya berharap ada pihak yang sudi membantu menyediakan tandas serta membaiki bahagian bumbung rumah demi keselamatan dan keselesaan anak-anaknya.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian dengan menderma melalui akaun BSN milik Mariati, 1200141000015872. – UTUSAN

The post Hidup daif, empat beranak tumpang mandi di tandas pusat beli-belah appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow09:00
Latest 09:28 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
10 Oct, 08:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    08:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.