
Hormat ketokohan ulama al-Azhar - WOAG Malaysia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Hormat ketokohan ulama al-Azhar - WOAG Malaysia (Harian Metro, 14:21)
Read the reporting
1 report
Hormat ketokohan ulama al-Azhar - WOAG Malaysia
nurul.hidayah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) berpandangan bahawa penggunaan gelaran negatif seperti ulama su' terhadap mana-mana tokoh ulama al-Azhar adalah tidak wajar.
WOAG Malaysia dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan penilaian dibuat berdasarkan perbezaan pendirian dan pandangan dalam persoalan politik adalah tidak wajar.
"Perbezaan ijtihad politik tidak seharusnya dijadikan asas untuk menafikan kewibawaan keilmuan, ketokohan dan sumbangan seseorang ulama dalam tradisi keilmuan Islam.
"Pandangan politik seseorang ulama boleh dinilai, dibahaskan dan dikritik secara ilmiah, namun kritikan itu perlu berlandaskan adab, keadilan serta penghormatan terhadap institusi keilmuan.
"Tradisi al-Azhar sendiri sentiasa menekankan pendekatan wasatiyyah, kesederhanaan, keterbukaan dan penghormatan terhadap kepelbagaian ijtihad dalam perkara yang menerima perbezaan pandangan," katanya.
Kenyataan itu bagi mengulas perkembangan polemik membabitkan pandangan terhadap beberapa tokoh ulama al-Azhar serta inisiatif kerajaan untuk mendapatkan khidmat kepakaran ilmuwan Islam antarabangsa dalam memperkukuh institusi pengajian pondok dan turath di negara ini.
Menurutnya, WOAG Malaysia menyambut baik dan menyokong inisiatif kerajaan untuk mendapatkan khidmat kepakaran mantan Mufti Besar Republik Arab Mesir dan anggota Hay'ah Kibar al-'Ulama' (Majlis Ulama Kanan al-Azhar) Prof Dr Ali Jum'ah sebagai tokoh rujukan serta ahli Majlis Penasihat Pondok dan Turath Malaysia.
"Sokongan ini berasaskan kewibawaan keilmuan beliau dalam bidang fiqh, usul fiqh, pengajian turath dan tradisi keilmuan Islam selain pengalaman luasnya dalam institusi fatwa dan pendidikan Islam. Beliau juga mempunyai hubungan keilmuan yang erat pelajar Malaysia alumni al-Azhar.
"Kami turut mengalu-alukan pembabitan tokoh ilmuwan yang mempunyai hubungan rapat dengan tradisi keilmuan Universiti al-Qarawiyyin di Fes, Maghribi iaitu Syeikh Prof Dr Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri.
"Pembabitan kedua-dua tokoh ini adalah langkah strategik untuk memperkukuh jaringan keilmuan Malaysia dengan dua pusat peradaban ilmu Islam yang amat berpengaruh iaitu al-Azhar di Mesir dan al-Qarawiyyin di Maghribi," katanya.
Menurutnya, pelantikan tokoh ilmuwan perlu dinilai berdasarkan kepakaran, pengalaman serta kemampuan mereka menyumbang kepada pembangunan pendidikan Islam dan bukan semata-mata berdasarkan pendirian politik masing-masing.
"Selain itu, polemik berkaitan peristiwa politik Mesir yang sudah berlalu tidak sewajarnya dibangkitkan semula dengan pendekatan yang boleh mengeruhkan hubungan baik antara Malaysia dengan Republik Arab Mesir.
"Hal ini amat penting ketika hubungan kedua-dua negara semakin erat khususnya susulan lawatan bersejarah Presiden Republik Arab Mesir ke Malaysia yang membuka ruang lebih luas bagi kerjasama diplomatik, pendidikan, ekonomi dan pembangunan peradaban islam," katanya.
Menurutnya, WOAG Malaysia menghormati hak setiap pihak untuk mempunyai pandangan tersendiri terhadap perkembangan politik Mesir.
"Bagaimanapun, perbezaan itu perlu diurus secara bijaksana tanpa menjejaskan hubungan persaudaraan, kerjasama keilmuan dan kepentingan strategik kedua-dua negara.
"Sebagai sebuah pertubuhan yang menghimpunkan alumni al-Azhar di Malaysia, kami beriltizam untuk memainkan peranan sebagai jambatan perdamaian, penghubung keilmuan dan pemupuk kesatuan ummah," katanya.
Menurutnya, WOAG Malaysia tidak berhasrat untuk memanjangkan polemik atau perbezaan antara mana-mana pihak.
"Sebaliknya, WOAG Malaysia menyeru semua pihak termasuk pemimpin politik, ilmuwan dan masyarakat umum supaya mengutamakan adab dalam perbezaan pandangan, menghormati kewibawaan institusi ulama serta mendahulukan kepentingan umat Islam.
"WOAG Malaysia berharap supaya semua pihak dapat mengakhiri polemik ini dengan penuh hikmah dan kematangan dengan menumpukan perhatian kepada agenda yang lebih besar," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro14:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.