Malaysian Attention Engine
Live wire
50Pekerja Malaysia nikmati 34% pendapatan negara, berbanding 50% di Korea Selatan dan Taiwan48Kedah police: Motorcycle theft allegation believed to have led to teen’s torture death48Mayat tepi semak: Mangsa dikurung, diseksa dua hari45Pelajar diperdaya sindiket penipuan, serah wang, barang kemas ibu bapa lebih RM30,00045Dua kampung ‘diserang’ ribuan lalat45LAC Med dapat kontrak sedia penyelesaian pengimejan perubatan bernilai sehingga RM20 juta44General : Sarawak To Work Closely With Fed Govt To Set Framework For SEZ44General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times41Suspect nabbed for bashing man over head with helmet40World : Iran Offers To Mediate Between Saudi Arabia, Houthis Amid Regional Escalation40‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore38Pope Leo says will undergo surgery for small growth on lung
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

HYCO perkukuh kedudukan korporat, raih perhatian pengiktirafan antarabangsa

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 18:52 MYTLatest activity 12 Oct, 18:52BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – HYCO Group (HYCO), sebuah kumpulan penasihat korporat, kewangan dan perundangan bersepadu di Malaysia, terus memperkukuh kedudukannya dalam industri perkhidmatan profesional menerusi pengiktirafan antarabangsa serta peningkatan kepercayaan daripada syarikat korporat, kumpulan perniagaan besar dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). (Kosmo!, 18:52)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·4 min read

HYCO perkukuh kedudukan korporat, raih perhatian pengiktirafan antarabangsa

By KOSMO! · 12 Oct, 18:52 MYT

PETALING JAYA – HYCO Group (HYCO), sebuah kumpulan penasihat korporat, kewangan dan perundangan bersepadu di Malaysia, terus memperkukuh kedudukannya dalam industri perkhidmatan profesional menerusi pengiktirafan antarabangsa serta peningkatan kepercayaan daripada syarikat korporat, kumpulan perniagaan besar dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Antara pencapaian penting kumpulan itu ialah pengiktirafan menerusi APAC Business Awards 2026 bagi kategori “Commercial Dispute Resolution & Strategic Legal Advisory Firm of the Year 2026 – Malaysia”, yang mencerminkan penekanan HYCO terhadap penyelesaian pertikaian komersial dan khidmat nasihat perundangan strategik.

Pada masa sama, Pengasas dan Rakan Pengarah Kumpulan HYCO, Hisyam Yunus, turut menerima perhatian daripada British Publishing House, sebuah penerbit antarabangsa yang menerbitkan ensiklopedia Successful People in Malaysia & Singapore, untuk mengetengahkan perjalanan kerjaya, kepimpinan serta pengalaman beliau dalam membangunkan kumpulan perkhidmatan profesional tempatan.

Hisyam berkata, perkembangan tersebut merupakan satu penghargaan bermakna kepada seluruh warga HYCO, khususnya dalam usaha membina sebuah organisasi penasihat profesional yang menggabungkan kepakaran perundangan, tadbir urus korporat, kewangan, perakaunan, percukaian dan pengurusan modal insan.

Menurutnya, perjalanan syarikat bermula sebagai sebuah firma berskala kecil sebelum berkembang secara berperingkat melalui pendekatan perkhidmatan bersepadu, hubungan jangka panjang dengan pelanggan serta keupayaan memahami keperluan perniagaan secara menyeluruh.

“Bagi saya, kejayaan HYCO bukan semata-mata diukur melalui saiz organisasi atau nilai perniagaan pelanggan yang kami kendalikan, tetapi melalui kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk membantu mereka membuat keputusan penting, mengurus risiko dan membina perniagaan yang lebih berdaya tahan.

“Apabila kumpulan korporat yang mempunyai operasi dan nilai perniagaan berbilion ringgit memberikan kepercayaan kepada kami sebagai penasihat profesional atau rakan strategik, ia merupakan satu tanggungjawab yang besar.

“Kepercayaan tersebut bukan sesuatu yang boleh dibina dalam tempoh singkat. Ia memerlukan integriti, disiplin profesional, pemahaman komersial serta kemampuan memberikan penyelesaian yang praktikal kepada pelanggan,” katanya dalam satu temu bual secara dalam talian baru-baru ini.

Mengulas mengenai pendekatan perniagaan HYCO, Hisyam menjelaskan, kumpulan itu memberi penekanan kepada model perkhidmatan penasihat bersepadu yang membolehkan pelanggan mendapatkan pandangan daripada pelbagai disiplin profesional bagi menyokong keputusan strategik mereka.

Beliau berkata, cabaran sesebuah organisasi lazimnya tidak terhad kepada satu bidang sahaja kerana pertikaian undang-undang, pengurusan kewangan, struktur korporat, pematuhan peraturan dan isu tenaga kerja sering mempunyai kaitan antara satu sama lain.

“Di HYCO, kami percaya bahawa masalah perniagaan tidak seharusnya dilihat secara berasingan. Pertikaian pemegang saham, misalnya, bukan hanya melibatkan isu undang-undang tetapi turut memberi kesan kepada kewangan, operasi, reputasi dan kelangsungan sesebuah syarikat.

“Justeru, peranan kami bukan sekadar memberikan nasihat terhadap sesuatu masalah yang telah berlaku, tetapi juga membantu pelanggan mengenal pasti risiko lebih awal, memperkukuh tadbir urus dan membangunkan penyelesaian jangka panjang,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan itu turut menjadi asas kepada hala tuju HYCO sebagai rakan penasihat strategik kepada syarikat yang sedang berkembang, perniagaan milik pengasas serta kumpulan korporat yang memerlukan sokongan profesional dalam situasi komersial yang kompleks.

Hisyam berkata, meskipun HYCO terus memperluas penglibatannya dalam sektor korporat, kumpulan itu kekal komited menyediakan akses kepada perkhidmatan profesional untuk PKS dan usahawan tempatan.

Beliau menegaskan bahawa nilai sesebuah hubungan profesional tidak seharusnya ditentukan semata-mata berdasarkan saiz syarikat atau kedudukan kewangan pelanggan.

“Tidak kira sama ada pelanggan kami menguruskan syarikat bernilai jutaan atau berbilion ringgit, prinsip kami tetap sama, iaitu memberikan perhatian profesional, memahami objektif mereka dan mencari penyelesaian yang bersesuaian dengan kedudukan perniagaan masing-masing.

“Salah satu pendekatan yang kami tekankan ialah penglibatan langsung rakan kongsi dan pengurusan kanan dalam perkara strategik pelanggan. Kami mahu pelanggan berasakan bahawa mereka mempunyai akses kepada penasihat yang memahami perniagaan mereka, bukan sekadar penyedia perkhidmatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hisyam menegaskan bahawa kejayaan HYCO bukan dibangunkan atas kekuatan individu semata-mata, sebaliknya merupakan hasil kerjasama pasukan profesional daripada pelbagai bidang kepakaran.

Menurutnya, matlamat jangka panjang kumpulan itu adalah untuk membangunkan sebuah institusi profesional yang mampu berkembang secara mampan melalui struktur kepimpinan, sistem pengurusan, pembangunan bakat dan budaya kerja berteraskan akauntabiliti.

“HYCO bukan tentang Hisyam Yunus seorang. Ia adalah tentang pasukan, rakan kongsi dan profesional yang berkongsi aspirasi untuk membina sebuah organisasi yang mempunyai nilai serta identiti tersendiri.

“Saya mahu HYCO terus berkembang sebagai sebuah institusi profesional yang kukuh, di mana pelanggan mempunyai keyakinan bahawa kualiti perkhidmatan, pertimbangan profesional dan standard integriti akan terus dikekalkan oleh seluruh pasukan.

“Bagi saya, legasi sebenar bukanlah apabila sesebuah organisasi dikenali kerana pengasasnya, tetapi apabila organisasi tersebut mampu terus mencipta nilai dan memberikan manfaat untuk generasi seterusnya,” katanya.

Mengulas hala tuju masa depan, Hisyam berkata, perhatian daripada penerbit antarabangsa serta pengiktirafan dalam bidang penyelesaian pertikaian komersial memberi dorongan kepada HYCO untuk terus meningkatkan standard perkhidmatan dan mengembangkan jaringan profesionalnya.

Katanya, HYCO mahu terus menjadi antara pilihan kumpulan korporat dan perniagaan yang memerlukan penasihat profesional dengan keupayaan menggabungkan pertimbangan perundangan, kewangan serta komersial.

“Kami tidak melihat pengiktirafan ini sebagai penamat kepada sesuatu pencapaian. Sebaliknya, ia menjadi peringatan bahawa semakin tinggi kepercayaan yang diberikan, semakin besar tanggungjawab kami untuk mengekalkan standard profesional.

“Aspirasi kami adalah untuk membina sebuah kumpulan penasihat profesional tempatan yang mampu memberikan nilai dan kualiti perkhidmatan yang berdaya saing, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dalam pasaran serantau.

“Pada akhirnya, kejayaan sebenar HYCO adalah apabila kami dapat membantu pelanggan melindungi perniagaan mereka, mengurus cabaran, mencipta pertumbuhan yang mampan dan membina legasi yang dapat diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post HYCO perkukuh kedudukan korporat, raih perhatian pengiktirafan antarabangsa appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow20:0021:00
Latest 21:14 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
12 Oct, 18:52 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    18:52

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

HYCO perkukuh kedudukan korporat, raih perhatian pengiktirafan antarabangsa · Malaysian Attention Engine