Malaysian Attention Engine
Live wire
52Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut44Laporan harian diterima sahkan rakyat Malaysia di Arab Saudi selamat42224 non-citizens born in Sarawak first eight months of 202642Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja | Sinar Harian41'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil40BNM, SC gesa orang ramai berwaspada terhadap video ‘deepfake’ menyamar pegawai kanan37Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda37F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta36Gelaran Piala Raja Thai misi seterusnya skuad sepak takraw negara36Apple unveils the new Apple TV 4K, supercharged by Siri AI – Company Announcement - FT.com35General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

i-City susun semula CityWalk sebagai hab runcit AI, robotik

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 12:14 MYTLatest activity 14 Oct, 12:14BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: i-City menyusun semula hala tuju komersial CityWalk dengan menyasarkan destinasi runcit itu menjadi hab berteraskan kecerdasan buatan (AI) dan robotik, selaras dengan usaha mentransformasikan i-City sebagai pusat bandar berasaskan teknologi berkenaan. (Berita Harian, 12:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

i-City susun semula CityWalk sebagai hab runcit AI, robotik

By Rafhanah Hazirah Ramlin · 14 Oct, 12:14 MYT

KUALA LUMPUR: i-City menyusun semula hala tuju komersial CityWalk dengan menyasarkan destinasi runcit itu menjadi hab berteraskan kecerdasan buatan (AI) dan robotik, selaras dengan usaha mentransformasikan i-City sebagai pusat bandar berasaskan teknologi berkenaan.

Bagi merealisasikan perancangan itu, i-City melantik Savills Malaysia untuk mengendalikan operasi, penyewaan ruang serta penyusunan campuran penyewa di CityWalk, selain memperkukuh tarikan runcit dan gaya hidup bagi memenuhi keperluan komuniti setempat.

Ia sebahagian daripada perancangannya membangunkan i-City sebagai hab bandar AI dan robotik yang diterajui menara kediaman 500 unit, i-Ris, AI Living @ i-City.

i-City dalam kenyataannya hari ini berkata, kerjasama itu akan menggabungkan kepakaran Savills dalam pengurusan runcit dan pembangunan destinasi dengan ekosistem i-City yang merangkumi kediaman, pejabat, hotel, tarikan pelancongan serta inisiatif teknologi.

Menerusi penyusunan semula itu, CityWalk akan meneroka peluang memperkenalkan konsep runcit berkaitan AI dan robotik, termasuk demonstrasi teknologi, perkhidmatan serta pengalaman interaktif untuk penghuni dan pengunjung.

Bagaimanapun, konsep berkenaan akan diperkenalkan secara berperingkat berdasarkan permintaan pelanggan, minat bakal penyewa serta daya maju komersial.

Pengarah i-City, Datuk Eu Hong Chew, berkata konsep AI Living tidak seharusnya terhad kepada ruang kediaman, sebaliknya merangkumi persekitaran bandar yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan pengalaman untuk kegunaan harian penghuni.

"Pembangunan CityWalk bersama pusat beli-belah Central i-City berpotensi menghubungkan kediaman dengan kemudahan runcit, aktiviti dan perkhidmatan yang menyokong konsep AI Living.

"i-Ris ialah pelan kediaman bagi konsep itu, tetapi rumah adalah sebahagian daripada pengalaman bandar yang lebih luas," katanya.

CityWalk ialah destinasi runcit terbuka berkeluasan kira-kira 180,000 kaki persegi yang terletak bersebelahan menara kediaman i-Ris, AI Living @ i-City yang disasarkan siap pada 2030.

Destinasi itu turut mempunyai ruang tambahan seluas 120,000 kaki persegi untuk penganjuran acara dan aktiviti.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Runcit Savills Malaysia, Murli Menon, berkata pihaknya akan menilai semula tawaran makanan dan minuman serta peruncitan berasaskan pengalaman bagi memastikan ia lebih relevan dengan keperluan semasa.

"Usaha itu bertujuan meningkatkan kunjungan berulang serta tempoh masa yang diluangkan pengunjung di CityWalk," katanya.

Selain teknologi, Savills turut meneliti peluang memperkenalkan konsep berkaitan kesihatan dan kesejahteraan, pembelajaran serta gaya hidup bagi mempelbagaikan tawaran destinasi itu.

Pengarah Urusan Kumpulan Savills Malaysia, Datuk Sr Paul Khong, berkata keutamaan awal pihaknya adalah memperkukuh asas operasi dan prestasi komersial CityWalk sebelum mengenal pasti peluang bagi konsep berkaitan AI dan robotik.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan i-City untuk mengenal pasti konsep berkaitan AI dan robotik yang dapat menambah nilai serta meningkatkan permintaan dan pengalaman pengunjung, penghuni dan penyewa.

CityWalk terletak bertentangan dengan Central i-City, pusat beli-belah serantau yang dibangunkan secara bersama oleh i-City dan Central Pattana Group dari Thailand.

Selain itu, i-Ris dirancang mempunyai jambatan penghubung bertingkat ke CityWalk bagi memudahkan penghuni mendapatkan akses kepada kemudahan makanan dan minuman, kecergasan, kesihatan, rekreasi serta perkhidmatan harian.

Menerusi penyusunan semula itu, i-City berhasrat menjadikan CityWalk sebagai komponen penting dalam pembangunan ekosistem AI dan robotik, dengan menghubungkan kediaman, peruncitan dan gaya hidup dalam satu persekitaran bandar bersepadu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:00
Latest 13:12 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 12:14 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.