Malaysian Attention Engine
Live wire
55General : PN Deregistration Proves PAS' Failure To Manage Coalition - Azmin54Tampil mohon maaf atau bersedia bayar RM3juta – Peguam Ruhainies47Bapa reda pemergian anak perempuan selepas disahkan tercekik44Business : BNM Launches Scripless Securities Depository System To Support Tokenised Bond, Sukuk Issuance43Sport : Aichi-Nagoya 2026 Asian Para Games: Bonnie Retains 72 Kg Crown As Malaysia Claims Second Gold43Parlimen: KPM lulus projek bina semula bangunan daif di 455 sekolah42General : 'Saudi Visa Bio' App Being Continuously Improved For Pilgrims - Zulkifli42World : French PM Urges Targeted Curfews After Violent Weekend Protests40Sport : Lee Zii Jia Settles Suit With Family And Company Amicably39General : OTA: MOT To Hold Engagement Sessions With Express Bus Operators36T-Rex Dual Solar tawar hayat bateri sehingga 34 hari36General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Ibu bapa jawab kenapa pilih MRSM untuk anak

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 15:32 MYTLatest activity 20 Oct, 15:32BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – “Mengapa memilih untuk memohon masuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) buat anak-anak?” (Kosmo!, 15:32)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Ibu bapa jawab kenapa pilih MRSM untuk anak

By KOSMO! · 20 Oct, 15:32 MYT

PETALING JAYA – “Mengapa memilih untuk memohon masuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) buat anak-anak?”

Itu persoalan yang diajukan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kepada ibu bapa sebelum mengundang pelbagai respons mengenai kepercayaan mereka terhadap sistem pendidikan institusi berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook, Asyraf Wajdi meminta ibu bapa berkongsi di ruangan komen sebab mereka memilih untuk memohon kemasukan anak ke MRSM.

“Boleh saya tahu kenapa anda memilih?,” soalnya.

Antara perkara yang mendapat perhatian ibu bapa ialah keyakinan terhadap sistem pendidikan MRSM yang bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik, malah turut memberi perhatian kepada aspek agama dan pembentukan peribadi pelajar.

Seorang pengguna Facebook, Nazz Mernas berkata, dia dan suaminya yang juga alumni MRSM percaya terhadap sistem pendidikan institusi berkenaan sehingga ketiga-tiga anak mereka turut mendapat peluang belajar di situ.

“Sebab percaya dengan sistem MRSM, bilik selesa, persekitaran cantik. Ada mini Ulul Albab. Saya dan suami pun bekas pelajar MRSM.

“Tiga-tiga (anak) alhamdulillah ada rezeki juga mereka di sini. Habislah legasi, sambung ke cucu pula,” katanya.

Sementara itu, Syarifah Abd Hamid berkata, dia percaya pendidikan di MRSM merupakan antara yang terbaik berdasarkan kecemerlangan yang dilihat sejak Mara di bawah tanggungjawab Asyraf Wajdi.

Bagi pengguna, Ikram Munshi Abdullah pula, kewujudan bantuan kewangan menerusi program bantuan khas BUDI serta lokasi MRSM yang meliputi pelbagai kawasan mendorongnya memilih institusi itu untuk anak-anak.

“Satu, ada bantuan BUDI. Dua, lokasi di pelusuk tempat dan tiga, ada ekosistem Mara,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Mohd Farhan berpendapat, persekitaran pembelajaran dan pengaruh rakan sebaya memainkan peranan penting dalam membentuk kecemerlangan seseorang pelajar.

Menurutnya, anak-anak yang berada dalam kelompok rakan yang mengutamakan pembelajaran berpotensi mendapat kesan positif daripada budaya tersebut.

“Kemudahan asas pendidikan semua sangat baik di MRSM berbanding sekolah menengah biasa. Dari segi kualiti guru, mara telah tapis guru yang terbaik, ada kursus profesional, perlu interview (temu duga) dan macam-macam lagi.

“Tapi pada saya ramai juga guru sekolah menengah biasa yang sangat hebat. Saya berharap MRSM terus menjadi kilang cerdik pandai melayu,” katanya.

Dalam pada itu, Rohana Ghazali berkata, dia memilih MRSM kerana institusi itu turut menitikberatkan pendidikan agama, hafazan dan pembentukan sahsiah pelajar.

“Dua orang anak perempuan saya belajar di MRSM dan sekarang keduanya bekerja sebagai doktor. Saya pilih MRSM kerana anak-anak saya juga diajar ilmu agama (islam), dititikberatkan hafazan, disiplinkan sahsiah, diajar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdikari dan pandai membawa diri,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

The post Ibu bapa jawab kenapa pilih MRSM untuk anak appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 15:42 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
20 Oct, 15:32 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    15:32

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.