Malaysian Attention Engine
Live wire
52Tampil mohon maaf atau bersedia bayar RM3juta – Peguam Ruhainies46World : Malaysia, Indonesia Agree To Expand Online Child Safety Cooperation43Kebakaran Indonesia hampir 12 kali ganda keluasan London42Politics : PN Deregistered - RoS42World : French PM Urges Targeted Curfews After Violent Weekend Protests41Mafia korporat: Pasukan AMLA Bukit Aman beku RM4.3 bilion, sita RM1 bilion40Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia39Sport : Lee Zii Jia Settles Suit With Family And Company Amicably36Bahasa Melayu perlu terus dimartabatkan sebagai agenda nasional – Fadhlina35Malaysia, Indonesia sepakat perluas kerjasama keselamatan dalam talian kanak-kanak - Fahmi35Pengecualian cukai eksport minyak sawit bantu Malaysia rebut bahagian pasaran Indonesia35‘Beta tidak berkenan jika ada kerabat ambil kesempatan’
AcceleratingConfirmedupdated 4 min ago

Tampil mohon maaf atau bersedia bayar RM3juta – Peguam Ruhainies

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
50
+100% / 60 min
Momentum
65
4 vs 2 mentions/h
Sources
4
6 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 17:36 MYTLatest activity 20 Oct, 18:58BMconfidence 84%

What happened

KUALA LUMPUR : Pelakon, Ruhainies memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai dirinya di media sosial, termasuk dakwaan menjalin hubungan sulit dengan seorang individu kenamaan. (Utusan Malaysia, 17:36)

Read the reporting

6 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Ruhainies tuntut RM3 juta daripada setiap individu didakwa memfitnah

By Affan Rostam · 20 Oct, 18:05 MYT

KUALA LUMPUR: Pelakon Ruhainies nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu didakwa menyebarkan fitnah dan mengaitkan dirinya dengan tuduhan menjalin hubungan sulit bersama individu kenamaan di media sosial.

Bagi membersihkan nama serta memulihkan maruah dan reputasinya, Ruhainies melantik dua peguam, Mohd Haizal Ayop daripada firma guaman EzriLaw Firm dan Fakhrul Azman Abu Hasan daripada Azainie & Fakhrul, untuk menguruskan tindakan lanjut berhubung perkara itu.

Mohd Haizal berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tiga individu untuk tindakan awal manakala usaha mengesan individu lain yang dipercayai turut terbabit, masih diteruskan.

Tambahnya, anak guam mereka mengarahkan supaya notis tuntutan (LOD) dikeluarkan kepada ketiga-tiga individu terbabit dengan tempoh tujuh hari diberi untuk memenuhi tuntutan berkenaan.

"Anak guam kami berhasrat menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta daripada setiap individu, tidak termasuk apa-apa relif lain yang mungkin dimohon dan dibenarkan mahkamah," katanya pada sidang media berhubung tindakan undang-undang itu di sebuah restoran di sini, hari ini.

Mohd Haizal berkata, Ruhainies turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Ahad lalu, bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang didakwa.

"Ruhainies sudah memberi beberapa nama individu terbabit kepada polis. Kami jangka polis akan ambil tindakan lanjut dan memanggil mereka untuk memberi keterangan.

"Setakat ini, kami sudah kenal pasti tiga individu dan masih berusaha mendapatkan nama lain. Jumlah itu mungkin bertambah kerana perkara ini bukan sahaja membabitkan nama Ruhainies, malah turut mengaitkan individu lain," katanya.

Mengulas tuntutan yang bakal dikemukakan, Mohd Haizal berkata, pihaknya mahu individu terbabit bertanggungjawab terhadap hantaran yang diterbitkan, selain menurun atau memadamkan kandungan berkenaan.

Mereka juga dituntut mengemukakan surat aku janji untuk tidak lagi menerbitkan hantaran berkaitan Ruhainies serta membuat permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat.

"Ketiga-tiga individu berkenaan dikehendaki membuat permohonan maaf secara terbuka di semua platform media sosial mengikut terma dan syarat yang dipersetujui anak guam kami.

"Mereka juga perlu mengadakan sidang media dengan menjemput anak guam kami dan wakil media arus perdana bagi menyampaikan permohonan maaf secara terbuka dan tanpa syarat secara bersemuka," katanya.

Bagaimanapun, sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini, pihaknya akan meneruskan tindakan dengan memfailkan saman sivil di mahkamah.

Sementara itu, Fakhrul Azman berkata, polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung dakwaan fitnah serta penyebaran kandungan palsu, jelik dan mengancam.

"Kami difahamkan, dalam beberapa hari lagi, individu yang diadukan akan dipanggil untuk memberikan keterangan di Balai Polis Dang Wangi. Kami juga akan mengemukakan maklumat berkaitan dua lagi individu yang sudah dikenal pasti.

"Sebenarnya, kami ada dokumen berkaitan, termasuk gambar dan bahan lain, tetapi tidak mengemukakannya pada hari ini," katanya.

Fakhrul Azman berkata, pihaknya memandang serius penyebaran dakwaan itu kerana ia bukan sahaja menjejaskan reputasi anak guamnya, malah mengaitkan Ruhainies dengan individu lain yang juga figura awam.

Tambahnya, komen negatif pengguna di platform Threads seolah-olah menggambarkan Ruhainies mempunyai hubungan dengan individu berkemampuan daripada segi kewangan, sedangkan dakwaan itu disifatkan tidak benar.

Menurutnya, berdasarkan semakan pihaknya, hantaran berkenaan dikongsi semula kira-kira 209 kali, menerima sekitar 1,400 perkongsian dan meraih tontonan sehingga 2.7 juta.

Sementara itu, Ruhainies berkata, dia sudah beberapa kali berdepan dakwaan seumpama itu dan pada awalnya cuba menjelaskan keadaan dengan membuat penafian menerusi media.

"Beberapa hari lalu, saya menjadi mangsa fitnah. Namun, perkara ini sebenarnya bukan baharu kerana sebelum ini saya pernah berdepan situasi sama.

"Sebelum ini, saya cuba menafikan dakwaan berkenaan menerusi media. Bagaimanapun, apabila saya membuat penafian, ada pihak seolah-olah menganggap perkara itu tidak serius dan berpendapat sesiapa sahaja boleh membuat penafian.

"Jadi, sekarang saya merasakan sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menunjukkan saya serius dalam isu ini, selain menegaskan bahawa dakwaan berkenaan hanyalah tuduhan dan fitnah," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 6 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • 5 mentions in the last hour after none the hour before
  • 4 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 5 mentions/hpeak 55first news pick-upNEWRISINGACCELERATINGnow18:00
Latest 18:57 MYT
50Accelerating
Mentions / h4Velocity0.07/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source
  3. State
    Rising

    4 sources, growth +500%, z 0.0

  4. State
    Accelerating

    growth +500% with positive acceleration

Where it started

Utusan Malaysia (News)
20 Oct, 17:36 MYT
Origin confidence 90% · 11 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    17:36

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (7)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.