
Ammar Aiman raih perak 400m kategori T20
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kuala Lumpur: Hasrat atlet olahraga Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi untuk mempertahankan pingat emas tidak kesampaian selepas menamatkan saingan di tempat kedua acara 400 meter (m) T20 lelaki Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini. (Harian Metro, 12:22)
Read the reporting
1 report
Ammar Aiman raih perak 400m kategori T20
Kuala Lumpur: Hasrat atlet olahraga Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi untuk mempertahankan pingat emas tidak kesampaian selepas menamatkan saingan di tempat kedua acara 400 meter (m) T20 lelaki Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini.
Atlet berusia 24 tahun yang membuat penampilan kedua di temasya itu, menamatkan larian dengan catatan 48.34 saat (s).
Pingat emas acara di Nagoya City Mizuho Park Athletic Stadium, Jepun itu dimenangi atlet Arab Saudi, Idris Sufyani yang merekodkan 48.25s, mengatasi rekod temasya miliknya 48.71s yang dilakukan pada peringkat saringan, semalam.
Alfin Nomleni dari Indonesia melengkapkan kedudukan podium dengan pingat gangsa selepas merekodkan 49.18s.
Setakat ini, kontinjen Malaysia telah mengutip satu emas menerusi pelumba berbasikal trek Zuhairie Ahmad Tarmizi dalam acara 1,000m ujian masa C4-C5 (kecacatan fizikal) lelaki, selain pingat gangsa 3,000m kejar-mengejar C1-C2 (kecacatan fizikal) lelaki oleh Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 berlangsung hingga 24 Oktober ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.