Malaysian Attention Engine
Live wire
50Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang42World : 19 Countries Condemn Colombia's Opening Of Embassy In Jerusalem39Most of Indonesia’s fires outside Malaysian-owned concessions, says Fahmi37PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35El Nino: Nelayan pantai antara terkesan35PPM terbongkar taktik lori tangki bawa diesel dua kali ganda34Business : Selangor Aims To Become National, ASEAN Care Industry Hub By 203034Dia ajar saya cara menangis – Aila Azizul puji sikap profesional Zul Ariffin34General : KPKT To Implement Three-Phase Plan To Tackle Flood Hotspots Over 12 Months - Nga34Two Singapore-listed palm oil firms named in Greenpeace report on Indonesian plantation fires33World : Singapore, Malaysia, Indonesia Conduct Trilateral Oil Spill Exercise33Haze: Schools must close, public gatherings cancelled if API exceeds 200, says Health Ministry
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

ICTE'26 platform kongsi inovasi, pendekatan baharu dalam pendidikan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 20:49 MYTLatest activity 16 Oct, 20:49BMconfidence 60%

What happened

KOTA BHARU: Usaha memperkukuh pendidikan masa hadapan menerusi gabungan teknologi, inovasi dan nilai kemanusiaan menjadi tumpuan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Kali Ke-4 (ICTE'26) yang menghimpunkan lebih 4,000 peserta di sini. (Berita Harian, 20:49)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

ICTE'26 platform kongsi inovasi, pendekatan baharu dalam pendidikan

By Wartawan BH · 16 Oct, 20:49 MYT

KOTA BHARU: Usaha memperkukuh pendidikan masa hadapan menerusi gabungan teknologi, inovasi dan nilai kemanusiaan menjadi tumpuan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Kali Ke-4 (ICTE'26) yang menghimpunkan lebih 4,000 peserta di sini.

Persidangan selama dua hari bermula 14 Oktober itu menjadi platform perkongsian ilmu, penyelidikan dan inovasi bagi meneroka pendekatan baharu dalam pengajaran serta pembelajaran, selaras dengan tuntutan Pendidikan 5.0.

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Zahari Aziz, berkata kemajuan teknologi perlu diseimbangkan dengan penerapan nilai, etika dan kemanusiaan bagi memastikan pembangunan pendidikan yang holistik.

"Apabila kita bergerak menuju Pendidikan 5.0, tumpuan kita tidak boleh terhad kepada kemajuan teknologi semata-mata. Teknologi dan inovasi perlu dipandu oleh nilai, etika dan kemanusiaan bagi melahirkan individu yang berkeupayaan intelektual, bertanggungjawab kepada masyarakat serta mempunyai jati diri yang kukuh," katanya.

Beliau berkata, kerjasama antarabangsa turut memainkan peranan penting dalam memperluas perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik bagi menghadapi cabaran pendidikan masa hadapan.

Bertemakan Transforming Educators for Education 5.0: Bridging Technology, Innovations and Values, persidangan itu turut mengetengahkan inovasi digital menerusi pertandingan yang disertai 718 kumpulan.

Pertandingan berkenaan memberi tumpuan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI), integriti dan kelestarian dalam menghasilkan penyelesaian inovatif untuk bidang pendidikan.

Empat Diamond Award diberikan mengikut kategori Professional Innovator, Ace Innovator, Pioneer Innovator dan Novice Innovator.

Fahmi Odeni dari KPTM Alor Setar memenangi kategori Professional Innovator menerusi i-Integriti 2.0, manakala Rembayung Jawi Pro dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan meraih kategori Ace Innovator.

Kategori Pioneer Innovator dimenangi Muhammad Thaqif Darwisy Izani dari Maahad Sains Tok Guru menerusi AddMathEZ, sementara HABAGO dari Sekolah Rendah Islam Al Amin Keramat memenangi kategori Novice Innovator.

Bagi anugerah khas, Dr Hanzalah Mohamed Nor dari IPG Kampus Kota Bharu menerima Best Educational Impact Award menerusi HAN'S-CRiTAI, manakala FORMAT'nGo hasil inovasi Dr Sabri Ahmad Hisham dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah memenangi Best Technology Integration Award.

TOMA.Ai meraih Best Sustainable Innovation Award, HIJRALLE memenangi Most Promising Innovation Award, manakala Light Dependent Safety Power Socket (LD-SPS) menerima Best Practical Innovation Award.

Dalam kategori penyelidikan, tiga kertas terbaik menerima Gold Award bagi kajian berkaitan motivasi penulisan Bahasa Inggeris, penglibatan industri dalam Sistem Latihan Dual Nasional serta integrasi AI dalam reka bentuk pengajaran Sains.

Kajian berkenaan membabitkan penyelidik dari Malaysia, China dan Indonesia, manakala lima penerima turut diiktiraf menerusi Anugerah Poster Terbaik ICTE'26.

Penerima anugerah poster itu termasuk wakil KPTM Ipoh, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Universiti Malaya.

Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn Bhd, Radzuan Razali, berkata peserta perlu memanfaatkan persidangan itu untuk berkongsi kepakaran, menambah pengetahuan dan membina jaringan kerjasama.

ICTE'26 dianjurkan KPTM Kota Bharu dengan kerjasama institusi pendidikan di Kelantan dan Terengganu serta rakan kolaborasi tempatan dan antarabangsa.

KPTM, yang ditubuhkan pada 1983 di bawah MARA Corporation Sdn Bhd, menawarkan 55 program pengajian menerusi tujuh cawangan, termasuk Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow21:00
Latest 21:08 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 20:49 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    20:49

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.