Malaysian Attention Engine
Live wire
NewConfirmedupdated 41 min ago

PPM terbongkar taktik lori tangki bawa diesel dua kali ganda

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 22:29 MYTLatest activity 16 Oct, 22:48BMconfidence 80%

What happened

PPM terbongkar taktik lori tangki bawa diesel dua kali ganda (Harian Metro, 22:29)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

PPM terbongkar taktik lori tangki bawa diesel dua kali ganda

By Juwan Riduan · 16 Oct, 22:29 MYT

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Taktik membawa diesel dua kali ganda daripada jumlah yang dinyatakan dalam dokumen penghantaran membongkar kegiatan disyaki penyelewengan bahan api bersubsidi di Sepanggar, di sini, semalam.

Kegiatan itu terbongkar selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menahan sebuah lori tangki membawa kira-kira 20,000 liter diesel, sedangkan dokumen penghantaran hanya mencatatkan 10,000 liter.

Susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah premis di kawasan sama sebelum menahan lapan lelaki berusia antara 30 hingga 52 tahun serta merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM1.2 juta.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, operasi dijalankan Unit Risikan Marin selepas menerima maklumat risikan berhubung kegiatan berkenaan.

Katanya, pasukan menjalankan intipan selama lima jam sebelum menahan lori tangki terbabit di Jalan Sepanggar menghala ke Bukit Setia, jam 3.30 petang.

"Pemeriksaan mendapati lori itu membawa kira-kira 20,000 liter diesel, namun dokumen penghantaran hanya menyatakan 10,000 liter.

"Pemandunya juga gagal mengemukakan dokumen kebenaran yang sah bagi membawa jumlah diesel berkenaan," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Ahmad Amri berkata, susulan itu, pasukan menyerbu sebuah premis di Sepanggar, jam 4.50 petang.

Katanya, serbuan berkenaan mengesan kegiatan disyaki pembelian dan penjualan diesel secara tidak sah membabitkan beberapa pemandu lori.

"Hasil keseluruhan operasi, sebanyak 23,830 liter diesel, tujuh lori pelbagai jenis, dua tangki skid, tiga tong drum serta dua pam elektrik bersama kelengkapan pemindahan minyak dirampas.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1.22 juta, manakala lapan lelaki ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow
Latest 22:57 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
16 Oct, 22:29 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    22:29

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

5 jam intipan bongkar seleweng diesel, 8 ditahan
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.