Malaysian Attention Engine
Live wire
53World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday50General : Special Financial Aid For Taxi And Rental Car Drivers To Be Distributed In Phases Starting Wednesday - Loke46Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara45General : MARA To Complete Proposed Hospital Feasibility Study In Three Months45Jobless 19yo M’sian Charged With Murdering GF At Rented Room In Kuantan Last Week | WeirdKaya45Business : Malaysia To Reduce Overdependence On Semiconductors, Diversify Economic Growth Sources44Business : Abang Johari Unveils RM14.8 Bln Sarawak Budget For 202744Anthropic AI model went rogue, submitted fake tip to police44Loke: No recent meetings between Transport Ministry and AirAsia44Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 202740Malayan Tigress pesta gol belasah Iraq 4-040General : Ahmad Zahid To Begin Five-Day Working Visit To China Tomorrow
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Ikan spesies asing dominasi perairan Malaysia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 10:39 MYTLatest activity 12 Oct, 10:39BMconfidence 60%

What happened

ANTARA keli kayu dan lampam jawa, yang mana satu sebenarnya spesies ikan tempatan? Mungkin bagi sesetengah orang, kedua-duanya spesis tempatan malah sudah dikenali sejak zaman membesar. (Berita Harian, 10:39)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·4 min read

Ikan spesies asing dominasi perairan Malaysia

By Abnor Hamizam Abd Manap · 12 Oct, 10:39 MYT

ANTARA keli kayu dan lampam jawa, yang mana satu sebenarnya spesies ikan tempatan? Mungkin bagi sesetengah orang, kedua-duanya spesis tempatan malah sudah dikenali sejak zaman membesar.

Bagaimanapun, lampam jawa berasal dari Indonesia dan dibawa masuk ke negara ini sejak 1950-an untuk tujuan akuakultur. Manakala ikan tilapia yang juga seakan sudah menjadi sebahagian warna-warni ikan sungai tempatan dibawa masuk dari Afrika.

Populariti dua jenis ikan ini menenggelamkan spesis ikan tempatan, seperti selimang, ketutu, peridung, tilan, kenerak, belida atau sikang yang hari ini semakin jarang sangkut pada mata kail.

Kemasukan ikan spesies asing sebahagiannya bermula dengan tujuan akuakultur, namun ada juga dibawa masuk demi perniagaan ikan eksotik. Namun, dalam tempoh yang lama spesies ikan asing mula mendominasi ekosistem perairan darat di Malaysia, malah semakin membimbangkan dengan kehadiran spesies yang lebih invasif.

Hari ini bukan saja sungai, malah tasik, empangan, serta tali air terdedah kepada gangguan ekologi yang ketara daripada ikan pemangsa asing, apatah lagi dengan sifat spesies ikan asing yang ganas, mendominasi habitat selain cepat membiak.

Malah baru-baru ini, orang ramai mula bimbang apabila spesies ikan piranha dipancing di Raub, Pahang.

Ketua Pengarah Perikanan (DOF), Datuk Adnan Hussain, berkata kehadiran ikan asing bukan sahaja menjejaskan kestabilan rantaian makanan akuatik, malah turut mengancam biodiversiti marin tempatan dan mata pencarian nelayan darat.

10 jenis ikan asing

Katanya, berdasarkan dapatan data Program Inventori Perikanan Darat bagi tempoh lima tahun dari 2021 hingga 2025 terdapat 10 spesies ikan asing yang paling kerap dan banyak ditemui di sungai serta tasik seluruh negara.

Daripada 10 itu katanya, paling banyak dikesan adalah tilapia, diikuti lampam jawa dan dua spesies ikan berasal dari Amerika Selatan iaitu ikan bandaraya dan ikan bongkok (geophagus).

"Jika dibuat ikut jenis perairan pula, sungai dan muara adalah lokasi utama penemuan ikan asing, iaitu 52.54%, manakala sungai di kawasan bandar pesat seperti Sungai Kuyoh, Bukit Jalil dan Sungai Buloh menunjukkan kepadatan yang amat tinggi bagi spesies ikan bandaraya dan tilapia.

"Tasik dan empangan juga menjadi habitat spesies ikan asing, dengan Tasik Metropolitan, Kepong manakala Empangan Timah Tasoh di Perlis, kini didominasi oleh spesies ikan bongkok selain tilapia dan ikan 'peacock bass' yang berasal dari Amerika Selatan.

"Sebahagian ikan ini sengaja dilepaskan oleh pemiliknya malah sesetengah kolam, tali air dan lombong menjadi lokasi individu membuang ikan akuarium hiasan.

"Ada juga dilepaskan atas faktor kepercayaan dan keagamaan yang tentu saja tidak mengambil kira kemungkinan kesannya terhadap ekosistem," katanya. Tambahnya, kesemua negeri di Malaysia merekodkan kehadiran spesies ikan asing, namun ia lebih banyak ditemui di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor juga Perlis.

Katanya, umumnya spesies ikan yang dikesan adalah tilapia hitam, ikan bandaraya atau lampam jawa, namun di Perlis, DOF turut mengesan ikan bongkok dan peacock bass.

Sukar dikawal jika sudah terlepas

Masalah ikan asing bukan sekadar bagaimana spesies itu boleh masuk ke Malaysia, tetapi apa yang berlaku selepas ia dilepaskan ke perairan awam. Selagi ikan berkenaan berada di dalam akuarium, kedai ikan atau kolam ternakan, ia masih boleh dipantau dan dikawal. Namun sebaik sahaja dilepaskan ke sungai, tasik atau empangan, kawalan menjadi jauh lebih sukar.

Ketua Pengarah Perikanan (DOF), Datuk Adnan Hussain, berkata dari aspek perundangan dan tadbir urus, pelepasan ikan asing ke perairan sungai tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri.

Katanya sebagai contoh, Perlis antara negeri yang mengambil langkah awal dengan mewartakan Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) Negeri Perlis 2025.

Di bawah peraturan itu, individu yang melepaskan ikan asing atau ikan ke perairan sungai tanpa kebenaran bertulis boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 jika disabitkan kesalahan.

"DOF turut mengawal kemasukan dan perdagangan spesies ikan asing, termasuk melalui kawalan terhadap aktiviti import, penjualan, pemeliharaan, penyimpanan dan pameran spesies tertentu.

"Langkah ini penting bagi memastikan spesies yang mempunyai potensi mengganggu ekosistem tidak mudah masuk dan tersebar tanpa kawalan," katanya.

Namun, undang-undang hanyalah satu bahagian daripada usaha itu. Penguatkuasaan turut menjadi cabaran kerana ikan asing boleh bergerak jauh daripada tempat asal ia dilepaskan.

Justeru DOF menjalankan rondaan dan pemantauan di lapangan, selain membuat pemeriksaan di premis ikan hiasan dan ladang akuakultur. Pemantauan turut dilakukan di kawasan yang dikenal pasti mempunyai risiko pelepasan, termasuk lembangan sungai, empangan dan tasik.

Dalam era media sosial, penguatkuasaan juga mempunyai satu lagi sumber maklumat. Gambar atau video ikan asing yang dirakam orang awam dan dimuat naik ke media sosial boleh menjadi petunjuk kepada DOF menjalankan siasatan.

Namun, jika spesies asing sudah memasuki perairan awam dan mula membiak, pendekatannya pula berubah daripada mencegah kepada mengawal. Dalam konteks ini DOF menjalankan operasi tangkapan dan pembersihan fizikal, termasuk dengan kerjasama komuniti setempat.

"Angka pemeriksaan yang dibuat memperlihatkan satu hakikat yang lebih besar, mencegah ikan asing daripada memasuki perairan awam jauh lebih mudah berbanding cuba menghapuskannya selepas ia sudah berada di dalam sungai.

"Jadi, orang ramai jangan melepaskan sebarang ikan peliharaan atau spesies invasif ke sungai, tasik mahupun empangan.

"Jika tidak mahu atau mampu menjaganya, serahkan kepada DOF untuk tindakan.

"Langkah itu mungkin kelihatan kecil, tetapi dalam isu spesies asing, satu keputusan kecil di rumah boleh menentukan apa yang berlaku kepada ekosistem di luar rumah," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow11:0012:0013:00
Latest 13:28 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
12 Oct, 10:39 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Ikan spesies asing dominasi perairan Malaysia · Malaysian Attention Engine