
Imej batuan Marikh cetus spekulasi peradaban Marikh
Only social or community posts, or a single source.
What happened
WASHINGTON: Sekeping imej yang dirakam kamera kenderaan penjelajah robotik telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan pemerhati yang percaya rakaman itu merupakan bukti kewujudan peradaban asing yang telah lenyap. (Utusan Malaysia, 12:30)
Read the reporting
1 report
Imej batuan Marikh cetus spekulasi peradaban Marikh
WASHINGTON: Sekeping imej yang dirakam kamera kenderaan penjelajah robotik telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan pemerhati yang percaya rakaman itu merupakan bukti kewujudan peradaban asing yang telah lenyap.
Kenderaan penjelajah robotik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance itu kini giat menjalankan misi mencari tanda-tanda hidupan purba di Planet Merah.
Pengkaji fenomena Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO), Scott C. Waring memuat naik foto berkenaan yang memaparkan pandangan landskap Marikh dipenuhi dengan batu-batu besar.
Di kawasan latar belakang foto tersebut, Waring mendakwa ternampak satu formasi batuan yang dipercayai sebagai sebuah pintu gerbang purba tinggalkan peradaban silam.
Sambil berkongsi pandangan jarak dekat lokasi berkenaan, beliau membuat bulatan pada struktur menyerupai pintu tinggi berukuran sempit pada permukaan batu berliku, lengkap dengan bahagian tengah yang gelap dan bahagian atas yang memirus.
“Saya menemukan beberapa runtuhan purba dalam foto Marikh hari ini,” kata Waring menerusi laman web miliknya, UFO Sightings Daily.
Beliau turut mendakwa menemui satu lagi formasi yang disifatkan menyokong teorinya berhubung kewujudan peradaban di Marikh.
Meskipun formasi batuan berkenaan secara visual kelihatan menyerupai struktur yang didakwa Waring, pihak NASA sejak sekian lama menegaskan bahawa tiada sebarang bukti kukuh mengenai kewujudan hidupan luar angkasa.
Imej mozek berkenaan sebenarnya menunjukkan kawasan batu-batan di dalam Kawah Jezero yang diterokai oleh Perseverance pada Jun 2021 menggunakan kamera Mastcam-Z.
Foto berkenaan dirakam pada Sol 107, iaitu merujuk kepada hari ke-107 misi penjelajahan robotik berkenaan di Marikh.
Kawah Jezero dipercayai pernah menampung sebuah tasik berbilion tahun lalu, menjadikannya lokasi keutamaan dalam usaha mencari tanda-tanda hidupan mikrob purba.
Laman web UFO Sightings Daily kendalian Waring kerap memaparkan siri imej NASA yang didakwanya sebagai bukti kewujudan hidupan makhluk asing.
Pada Ogos lalu, beliau turut memuat naik foto yang dirakam penjelajah Curiosity pada Mei 2022, yang mana beliau dan ramai pengikutnya yakin memaparkan struktur menyerupai pintu masuk. – AGENSI
The post Imej batuan Marikh cetus spekulasi peradaban Marikh appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia12:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.