Malaysian Attention Engine
Live wire
50Pekerja Malaysia nikmati 34% pendapatan negara, berbanding 50% di Korea Selatan dan Taiwan48Kedah police: Motorcycle theft allegation believed to have led to teen’s torture death48Mayat tepi semak: Mangsa dikurung, diseksa dua hari45Pelajar diperdaya sindiket penipuan, serah wang, barang kemas ibu bapa lebih RM30,00045Dua kampung ‘diserang’ ribuan lalat45LAC Med dapat kontrak sedia penyelesaian pengimejan perubatan bernilai sehingga RM20 juta44General : Sarawak To Work Closely With Fed Govt To Set Framework For SEZ44General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times41Suspect nabbed for bashing man over head with helmet40World : Iran Offers To Mediate Between Saudi Arabia, Houthis Amid Regional Escalation40‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore38Pope Leo says will undergo surgery for small growth on lung
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Individu tular ekori remaja diberkas kes curi motosikal

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 19:07 MYTLatest activity 12 Oct, 19:07BMconfidence 60%

What happened

SUNGAI BULOH – Individu yang tular sebelum ini susulan dakwaan mengekori seorang remaja perempuan di Kampung Melayu Subang, di sini, diberkas polis selepas dipercayai terbabit dalam kes kecurian motosikal.Suspek, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 22 tahun, ditahan di Jalan Pluto, Shah Alam pada pukul 1.35 tengah hari Ahad.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, tangkapan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung kehilangan sebuah motosikal yang dilaporkan pada 3 Oktober lalu."Hasil pengesahan identiti mendapati suspek yang ditahan merupakan in (Sinar Harian, 19:07)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·1 min read

Individu tular ekori remaja diberkas kes curi motosikal

By MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI · 12 Oct, 19:07 MYT

SUNGAI BULOH – Individu yang tular sebelum ini susulan dakwaan mengekori seorang remaja perempuan di Kampung Melayu Subang, di sini, diberkas polis selepas dipercayai terbabit dalam kes kecurian motosikal.Suspek, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 22 tahun, ditahan di Jalan Pluto, Shah Alam pada pukul 1.35 tengah hari Ahad.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, tangkapan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung kehilangan sebuah motosikal yang dilaporkan pada 3 Oktober lalu."Hasil pengesahan identiti mendapati suspek yang ditahan merupakan individu sama yang tular di Facebook berhubung dakwaan mengekori seorang remaja perempuan di Kampung Melayu Subang."Bagaimanapun, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan suspek mengekori remaja perempuan atau membawa senjata tajam seperti yang tular di media sosial," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial yang mendakwa seorang remaja perempuan telah diekori oleh seorang lelaki ketika berada di kawasan berkenaan.Dalam pada itu, Mohd Hafiz berkata, pihaknya menggesa mangsa atau mana-mana saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan lanjut."Semakan rekod mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau serta 10 rekod berkaitan kesalahan dadah."Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek turut mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan segera melaporkan sebarang perlakuan mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow20:0021:00
Latest 21:14 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
12 Oct, 19:07 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    19:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Individu tular ekori remaja diberkas kes curi motosikal · Malaysian Attention Engine