
Indonesia pinda undang-undang narkotik, atasi isu kesesakan penjara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA: Indonesia akan mempercepat pindaan undang-undang berkaitan dadah bagi mengurangkan kesesakan teruk di penjara dengan memberi tumpuan kepada pemulihan, kata seorang pegawai kanan negara itu. (Berita Harian, 12:32)
Read the reporting
1 report
Indonesia pinda undang-undang narkotik, atasi isu kesesakan penjara
JAKARTA: Indonesia akan mempercepat pindaan undang-undang berkaitan dadah bagi mengurangkan kesesakan teruk di penjara dengan memberi tumpuan kepada pemulihan, kata seorang pegawai kanan negara itu.
"Hari ini, kita mengambil langkah sistematik. Kami membuat kesimpulan bahawa pindaan terhadap undang-undang sedia ada berkaitan Narkotik dan Psikotropik perlu disegerakan," kata Menteri Penyelaras, Yusril Ihza Mahendra, semalam selepas mesyuarat antara kementerian.
Beliau berkata, pindaan yang dicadangkan itu akan membezakan dengan terperinci antara pengguna dadah dan pengedar.
Langkah itu selaras dengan arahan Presiden, Prabowo Subianto supaya mangsa penyalahgunaan dadah menjalani pemulihan dan bukannya berdepan pendakwaan jenayah.
Kementerian Undang-Undang kini menyediakan Senarai Inventori Masalah (DIM) rasmi selepas menerima cadangan pindaan daripada Badan Pembinaan Undang-Undang Nasional (BPHN).
Dokumen itu akan dikemukakan kepada Kementerian Sekretariat Negara sebelum perbincangan rasmi di Parlimen dimulakan.
Lebih 50 peratus penghuni penjara di seluruh sistem pemasyarakatan Indonesia sedang menjalani hukuman atas kesalahan berkaitan dadah.
Pindaan undang-undang itu bertujuan menyelaraskan usaha pemulihan yang ketika ini dikendalikan secara berasingan oleh Kementerian Kesihatan, Badan Narkotik Nasional (BNN) dan agensi lain, menerusi penubuhan sebuah badan berpusat dengan peruntukan dana khusus.
"Kami berharap proses ini dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini supaya isu berkenaan dapat ditangani dengan segera. Lebih cepat, lebih baik," katanya - AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.