Malaysian Attention Engine
Live wire
51Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori47World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix45JAIS sasat hantaran tular individu Islam lakukan ritual agama lain45World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport45Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Insentif cukai i FB galak sektor korporat perkukuh food bank40Belanjawan 2027: Pelepasan cukai M40 dijangka diperluas39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara39General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi38PBB kecam sekatan AS terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa37Dua peniaga wanita maut kemalangan36Kawal ketat kegiatan pencampuran minyak demi imej negara - Pakar maritim
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Inter terus cemerlang, De Bruyne bantu Napoli menang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 07:33 MYTLatest activity 11 Oct, 07:33BMconfidence 60%

What happened

MILAN: Inter Milan meneruskan permulaan cemerlang dalam saingan Serie A selepas menewaskan Parma 3-0 di laman sendiri, manakala dua jaringan Kevin De Bruyne membantu Napoli mencatat kemenangan 3-0 ke atas Frosinone selepas rehat antarabangsa. (Berita Harian, 07:33)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Inter terus cemerlang, De Bruyne bantu Napoli menang

By REUTERS · 11 Oct, 07:33 MYT

MILAN: Inter Milan meneruskan permulaan cemerlang dalam saingan Serie A selepas menewaskan Parma 3-0 di laman sendiri, manakala dua jaringan Kevin De Bruyne membantu Napoli mencatat kemenangan 3-0 ke atas Frosinone selepas rehat antarabangsa.

Inter, selaku juara bertahan, menguasai permainan menerusi jaringan Petar Sucic, Hakan Calhanoglu yang menyempurnakan sepakan penalti dan Marcus Thuram pada babak pertama, sekali gus mendahului 3-0 dalam tempoh 31 minit pertama.

Keputusan itu menyaksikan Inter kekal di puncak liga dengan 16 mata selepas enam perlawanan.

"Selepas berehat selama tiga minggu, kami tidak tahu bagaimana keadaan pasukan. Kami menjalani latihan dengan baik sepanjang tempoh itu dan pemain juga menunjukkan komitmen yang baik. Saya gembira," kata pengendali Inter, Cristian Chivu, kepada DAZN.

Kekalahan itu pula menyaksikan Alberto Gilardino memulakan tugas sebagai pengendali Parma dengan keputusan mengecewakan selepas menggantikan Carlos Cuesta yang meninggalkan kelab itu pada penghujung September.

"Saya fikir kita perlu sentiasa berfikiran jelas ketika menghadapi situasi berbeza dalam perlawanan, bergantung kepada lawan dan cabaran yang dihadapi.

"Secara keseluruhan, Parma bermula dengan baik malam ini, tetapi apabila kita terlalu naif, kita terpaksa membayar harganya," kata Gilardino.

Di Naples, Scott McTominay disenaraikan sebagai pemain simpanan selepas pulih daripada masalah jantung ketika Napoli bangkit daripada permulaan hambar untuk menewaskan Frosinone.

Napoli memperoleh sepakan penalti pada minit ke-29, namun sepakan Rasmus Hojlund berjaya diselamatkan Lorenzo Palmisani. Bagaimanapun, sepakan itu diarahkan untuk diambil semula selepas penjaga gol berkenaan didapati bergerak keluar dari garisan gol lebih awal.

De Bruyne menyempurnakan sepakan penalti kedua sebelum Noa Lang menggandakan kelebihan Napoli tiga minit kemudian.

McTominay kembali beraksi sejurus selepas sejam permainan dan menerima tepukan gemuruh penyokong tuan rumah, namun gagal memberi impak besar terhadap perlawanan.

De Bruyne kemudian melengkapkan kemenangan Napoli menerusi jaringan keduanya pada penghujung perlawanan selepas menyudahkan peluang dari jarak dekat.

Kemenangan itu memberi kelegaan kepada Napoli selepas mereka mencatat dua kekalahan dan satu keputusan seri dalam lima perlawanan terdahulu. Napoli kini menghuni tangga keenam dengan 10 mata.

"Kami perlu menang. Jadual perlawanan sangat mencabar, tetapi kami perlu terus bergerak ke hadapan dan melakukan yang terbaik," kata De Bruyne kepada Sky.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow08:0009:00
Latest 09:11 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
11 Oct, 07:33 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    07:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Inter terus cemerlang, De Bruyne bantu Napoli menang · Malaysian Attention Engine