Malaysian Attention Engine
Live wire
42General : PN Deregistration Proves PAS' Failure To Manage Coalition - Azmin39Kedai bundle simpan 3,383 paket minyak masak subsidi diserbu36Bayern berdepan Arsenal tanpa Olise35Uefa seeks answers from Fifa over Infantino presidency, say reports34Promosi lesen memandu tanpa ujian di Tiktok palsu, JPJ lapor MCMC34UK to fly RAF missions defending Saudi Arabia against Houthi attacks, Bloomberg reports34Petronas - PETRONAS and Petrovietnam Strengthen...34Rogol OKU: 4 suspek Rohingya sudah didakwa kesalahan imigresen, siasatan kes rogol masih berjalan - Polis34General : Teacher Training Key To Effective Anti-Bullying Response - Fadhlina31Prabakaran cadang penjara wajib pesalah binasa rumah ibadat30Yalcin ganti Montella kendali Turkiye30World : Malaysia-Thailand Defence Ties Key To Border Security, Regional Stability – Wan Zaidi
NewConfirmedupdated 1 h ago

Iskandar Malaysia catat pelaburan RM525.26 bilion

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 22:30 MYTLatest activity 20 Oct, 22:36BMconfidence 80%

What happened

Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan terkumpul berjumlah RM525.26 bilion sejak penubuhannya 20 tahun lepas dan kini memberi tumpuan kepada pelaburan bernilai tinggi serta pengukuhan ekosistem ekonomi serantau. (Astro Awani (BM), 22:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Iskandar Malaysia catat pelaburan RM525.26 bilion

By BERNAMA · 20 Oct, 22:36 MYT

PUTRAJAYA: Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan terkumpul berjumlah RM525.26 bilion sejak penubuhannya 20 tahun lalu dan kini memberi tumpuan kepada pelaburan bernilai tinggi serta pengukuhan ekosistem ekonomi serantau.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan jumlah pelaburan itu melepasi sasaran asal RM383 bilion dengan pembangunan di wilayah berkenaan turut mewujudkan lebih sejuta pekerjaan dan meningkatkan purata pendapatan isi rumah lebih dua kali ganda sepanjang tempoh berkenaan.

"Bagi fasa pembangunan seterusnya, penekanan akan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan aktiviti ekonomi bernilai tinggi, termasuk pembuatan termaju, industri digital dan berasaskan data, logistik serta perkhidmatan kewangan dan perniagaan.

"Usaha itu bertujuan memastikan manfaat pelaburan dapat dikekalkan dalam ekonomi tempatan melalui rantaian bekalan domestik, pemindahan teknologi, inovasi dan pengukuhan perusahaan Malaysia," maklum IRDA.

Menerusi kenyataan yang sama, Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menyediakan peluang penting untuk memperdalam integrasi ekonomi serantau dan menarik pelaburan bernilai tinggi.

JS-SEZ merekodkan pelaburan diluluskan sebanyak RM76.98 bilion pada 2025, sekali gus mengukuhkan potensi Johor sebagai rakan ekonomi yang saling melengkapi kepada Singapura.

"Fasa seterusnya perlu dinilai bukan saja berdasarkan jumlah pelaburan yang berjaya ditarik, tetapi juga dari segi kualiti peluang yang diwujudkan, kekuatan ekosistem ekonomi serta manfaat jangka panjang yang dapat dinikmati oleh perniagaan dan masyarakat," katanya.

Terdahulu, Fadillah mempengerusikan Mesyuarat Ke-36 IRDA bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sementara itu, IRDA memaklumkan persaingan untuk menarik pelaburan di ASEAN yang semakin kompleks bermakna faktor kos dan ketersediaan tanah saja tidak lagi mencukupi untuk menjamin daya saing sesebuah wilayah.

Menurutnya, pelabur kini turut menilai ketersediaan infrastruktur, jaminan bekalan tenaga, tenaga kerja berkemahiran, kesalinghubungan digital, kecekapan pergerakan barangan dan manusia serta akses kepada pasaran serantau.

"Dalam konteks itu Johor berpeluang menggabungkan kelebihan dari segi tanah, kapasiti perindustrian, bakat dan kos dengan kekuatan Singapura dalam aspek modal, teknologi, perkhidmatan perniagaan dan akses kepada pasaran antarabangsa.

"Bagaimanapun, merealisasikan potensi JS-SEZ memerlukan penyelarasan dalam pembangunan infrastruktur, bekalan tenaga, pembangunan bakat, urusan kastam dan imigresen serta kesalinghubungan rentas sempadan," maklum IRDA.

Menurutnya, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, industri dan pihak berkepentingan diperlukan bagi memastikan JS-SEZ berkembang sebagai platform ekonomi serantau yang mampu memperkukuh kedudukan Johor dalam rantaian nilai global. - BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow
Latest 22:57 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
20 Oct, 22:30 MYT
Origin confidence 60% · 6 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    22:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.