
Yalcin ganti Montella kendali Turkiye
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Ankara: Turkiye melantik bekas pemain tengah kebangsaan, Sergen Yalcin sebagai ketua jurulatih baharu dengan kontrak empat tahun bagi menggantikan Vincenzo Montella yang dipecat, menurut kenyataan Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF). (Harian Metro, 22:36)
Read the reporting
2 reports
Yalcin ganti Montella kendali Turkiye
Ankara: Turkiye melantik bekas pemain tengah kebangsaan, Sergen Yalcin sebagai ketua jurulatih baharu dengan kontrak empat tahun bagi menggantikan Vincenzo Montella yang dipecat, menurut kenyataan Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF).
Yalcin, 53, mengambil alih tugas itu selepas Montella dari Itali disingkirkan awal bulan ini susulan kempen mengecewakan dalam saingan Liga Negara-Negara.
Turkiye kini menghuni tangga tercorot Kumpulan A1 selepas mengalami empat kekalahan berturut-turut, selain tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2026.
"Kami mendoakan kejayaan Yalcin dalam tugas baharunya dan berharap keputusan ini membawa kebaikan kepada negara serta pasukan kebangsaan kami," menurut kenyataan TFF.
Yalcin adalah antara nama terkenal dalam bola sepak Turkiye apabila mewakili skuad kebangsaan sebanyak 37 kali dari 1994 hingga 2003.
Beliau turut beraksi pada Kejohanan Eropah 1996 dan 2000, selain pernah menyarung jersi beberapa kelab gergasi negara itu termasuk Besiktas, Fenerbahce dan Galatasaray.
Dalam karier kejurulatihannya, Yalcin pernah membimbing Besiktas meraih kejuaraan berganda domestik apabila memenangi Liga Super Turkiye dan Piala Turkiye pada musim 2020-2021.
Beliau menamatkan tugas dalam penggal kedua bersama Besiktas pada Mei lalu dan kini berdepan cabaran besar untuk memulihkan prestasi skuad kebangsaan Turkiye.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 3 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro22:36
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.