
Promosi lesen memandu tanpa ujian di Tiktok palsu, JPJ lapor MCMC
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kesahihan iklan yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian menerusi platform media sosial TikTok. (Berita Harian, 19:58)
Read the reporting
1 report
Promosi lesen memandu tanpa ujian di Tiktok palsu, JPJ lapor MCMC
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan akaun TikTok menggunakan nama Ahmad Mushidi yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menduduki ujian adalah palsu.
JPJ berkata, pihaknya menerima aduan berhubung iklan di platform media sosial itu yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas atau menjalani ujian memandu.
Susulan aduan berkenaan, JPJ sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan atau akaun tidak sah yang menawarkan perkhidmatan berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan dan kerugian.
"Sebarang pertanyaan atau hebahan berkaitan perkhidmatan JPJ adalah melalui platform rasmi jabatan sahaja," menurut kenyataan itu di Facebook rasmi.
Tinjauan pada halaman TikTok berkenaan mendapati pemilik akaun menawarkan lesen motosikal kelas B2 pada harga RM350, manakala lesen kelas B penuh (B Full) ditawarkan pada harga RM380, tanpa perlu menduduki ujian JPJ.
Malah, ruangan komen pada video berkenaan turut memaparkan pengguna yang menunjukkan minat untuk mendapatkan perkhidmatan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian19:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.