Malaysian Attention Engine
Live wire
30SpaceX launch paints ‘space jellyfish’ across Florida sky30[VIDEO] Warga emas pandu kereta 130 meter di landasan KTMB30General : Marriage Between M'sian Muslim And Foreign National Of The Islamic Faith Won't Change Ethnicity To Malay - Saifuddin Nasution29BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah29Malaysia tidak gentar risiko diplomatik pertahan pendirian pembebasan Palestin - PM28General : Federal-state Cooperation Key To Inclusive, Sustainable Development – Anwar28Apa jadi dengan kamera badan polis, soal Ahli Parlimen Kepong27DAP man puzzled over PKR claim to Ayer Keroh seat27Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi27Kuasa veto PBB perlu disekat, hentikan jenayah kemanusiaan - Mohamad Hasan27World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda27KPM pertahan kaedah gred SPM meskipun skor Pisa merosot
NewConfirmedupdated 1 h ago

Isteri mendiang Loga Alleycats meninggal dunia

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 00:57 MYTLatest activity 14 Oct, 01:05BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Isteri penyanyi kumpulan Alleycats, mendiang Datuk Loganathan Arumugam, iaitu Datin Susan Lovie, meninggal dunia pada usia 69 tahun, kelmarin. (Berita Harian, 01:05)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Isteri mendiang Loga Alleycats meninggal dunia

14 Oct, 01:05 MYT

KUALA LUMPUR: Isteri penyanyi kumpulan Alleycats, mendiang Datuk Loganathan Arumugam, iaitu Datin Susan Lovie, meninggal dunia pada usia 69 tahun, kelmarin.

Berita pemergian Susan disahkan anak perempuannya yang juga penyanyi dan penulis lagu, Dasha Logan, menerusi kenyataan. awal pagi semalam.

Dasha, 38, berkata ibunya menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 8.47 pagi kelmarin.

"Ibu sudah 10 hari dirawat di hospital selepas dikejarkan dengan ambulans kira-kira jam 1.30 pagi pada 2 Oktober lalu apabila keadaan kesihatannya merosot.

"Syukurlah, ibu menunjukkan perkembangan positif selama beberapa hari dan banyak berbual dengan abang sulung saya, Vigneshwaran dan saya," katanya.

Dasha berkata, ibunya sudah lebih 15 tahun menderita penyakit berkenaan, malah, mereka hampir kehilangannya akibat penyakit itu kira-kira 11 tahun lalu.

"Ibu berjuang bersungguh-sungguh, bertahan dan berjaya mengharunginya. Walaupun kehilangan penglihatan dan keupayaan untuk berjalan, beliau sentiasa ceria," katanya.

Dasha menyifatkan ibunya sebagai peminat dan pengkritik terbesarnya yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan terhadap perjalanan seni anak-anaknya.

"Ibu sangat meminati hasil kerja anak-anaknya dan sentiasa menyokong kerjaya kami," katanya.

Dasha kehilangan bapanya akibat kanser pada 2007 ketika mendiang Loganathan berusia 53 tahun.

"Perkara yang sedikit sebanyak mengubat kesedihan kami ketika ini ialah ibu dan ayah akhirnya bersatu kembali. Ibu merindui ayah setiap hari sejak pemergiannya," katanya.

Upacara penghormatan terakhir buat Susan diadakan di Church of the Good Shepherd, Setapak, manakala upacara misa pengebumian dijadual berlangsung jam 10 pagi ini.

Selepas upacara itu, jenazah mendiang akan dibawa ke Krematorium Cheras untuk dibakar.

Loganathan bersama abangnya, Datuk David Arumugam, ialah pengasas dan vokalis utama kumpulan The Alleycats yang ditubuhkan pada 1969.

Kumpulan pop dan rock berbilang kaum yang cukup ikonik di Malaysia terkenal dengan deretan lagu malar segar, antaranya Hingga Akhir Nanti, Andai Aku Pergi Dulu, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Seribu Bintang dan Nota Terakhir.

Kemunculan terakhir mendiang Susan adalah pada awal tahun lalu ketika pelancaran EP Dasha berjudul Legasi, yang menampilkan versi baharu beberapa lagu popular Alleycats.

Majlis pelancaran itu berlangsung di VOX KL, KLCC, Jalan Tun Razak, dan turut dihadiri David yang merakamkan beberapa lagu secara duet bersama Dasha untuk EP berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow02:00
Latest 02:01 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 01:05 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    01:05

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Isteri mendiang Loga Alleycats meninggal dunia
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.