
Apa jadi dengan kamera badan polis, soal Ahli Parlimen Kepong
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
What happened to police body cam promise, asks Kepong MP (Free Malaysia Today, 21:22)
Read the reporting
1 report
Apa jadi dengan kamera badan polis, soal Ahli Parlimen Kepong
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pernah memaklumkan melalui jawapan Parlimen pada Oktober 2023 bahawa polis dijangka dilengkapi sepenuhnya dengan kamera badan menjelang awal 2025. PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mempersoalkan kelewatan pelaksanaan penggunaan kamera badan polis di seluruh negara, sambil berkata kerajaan sebelum ini menyasarkan pelaksanaannya sepenuhnya menjelang suku pertama 2025.
Ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Lim berkata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pernah memaklumkan kepadanya melalui jawapan Parlimen pada Oktober 2023 bahawa polis dijangka dilengkapi sepenuhnya dengan kamera badan menjelang awal 2025.
“Kini kita sudah memasuki suku keempat 2026. Apa yang berlaku kepada janji itu?” soalnya.
Lim turut mendakwa menerima aduan bahawa sesetengah anggota polis melakukan pemeriksaan telefon bimbit tanpa alasan munasabah dan memeras wang daripada orang awam, termasuk warga asing yang tidak membawa pasport.
Beliau menggesa polis mendedahkan jumlah aduan yang diterima berhubung salah laku sedemikian, serta bilangan anggota yang disiasat, didakwa atau dibuang kerja.
Beliau turut bertanya sama ada terdapat anggota polis yang enggan memakai kamera badan atau sengaja mematikannya ketika bertugas. Jika ada, katanya, tindakan tatatertib perlu dikenakan terhadap mereka.
Lim menggesa kerajaan menetapkan garis masa yang jelas bagi pelaksanaan penuh penggunaan kamera badan serta mewujudkan prosedur khusus untuk penyimpanan rakaman, kawalan akses kepada rakaman dan hukuman terhadap anggota yang mengusik bukti.
“Anggota polis yang jujur tidak sepatutnya takut kepada kamera badan. Orang awam diminta menghormati polis, tetapi polis juga mesti membuktikan bahawa mereka layak menerima penghormatan itu,” katanya.
Tahun lalu, lebih 7,000 kamera badan telah diagihkan ke 157 ibu pejabat polis daerah dan 640 balai polis.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
- LanguageFirst Bahasa Malaysia coverage (Free Malaysia Today) source
- NewsFirst news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
- SpreadYouTube discussion begins (Free Malaysia Today (YouTube)) source
- LanguageFirst mixed-language coverage (Free Malaysia Today (YouTube)) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today21:22
- Step 2YouTube (mainstream)Free Malaysia Today (YouTube)22:47 · +85 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Free Malaysia Today (YouTube)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.