
KPM pertahan kaedah gred SPM meskipun skor Pisa merosot
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Pisa findings highlighted severe difficulties among Malaysian students in applying mathematical concepts and reasoning in unfamiliar contexts. KUALA LUMPUR: The Education Ministry has defended its practice of standard fixing for Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) grading and refutes allegations that confidential, norm-referenced grade adjustments conceal falling student mastery amid plummeting international benchmark scores. (Free Malaysia Today, 19:45)
Read the reporting
3 reports
KPM pertahan kaedah gred SPM meskipun skor Pisa merosot
Dapatan Pisa menunjukkan pelajar Malaysia menghadapi kesukaran ketara untuk mengaplikasikan konsep matematik dan membuat penaakulan dalam situasi yang tidak pernah dihadapi. KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mempertahankan penetapan gred bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menolak dakwaan pelarasan gred secara sulit berasaskan norma, menyembunyikan kemerosotan penguasaan pelajar, susulan kejatuhan ketara skor penanda aras antarabangsa.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata penentuan gred melalui kaedah penetapan piawaian ialah metodologi penilaian yang mantap dan profesional, digunakan oleh lembaga peperiksaan pusat di seluruh dunia termasuk di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia dan Singapura.
“Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan yang mendakwa penentuan gred SPM menyebabkan kemerosotan penguasaan pelajar disembunyikan adalah tidak tepat,” katanya ketika sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat.
“Penetapan piawaian dilaksanakan bagi memastikan keputusan peperiksaan adalah adil, boleh dipercayai dan setara antara kohort pelajar.”
Wong menjawab soalan Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam), yang bertanya sama ada pelarasan sempadan gred SPM secara sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 membolehkan kadar kelulusan sesebuah kohort kelihatan stabil sedangkan penguasaan sebenar pelajar terhadap mata pelajaran semakin merosot.
Wee menggesa kementerian menghentikan pelarasan berasaskan norma dan menggunakan sistem penggredan berasaskan kriteria, seperti dalam peperiksaan Cambridge IGCSE dan O-Level, yang menetapkan ambang markah tetap bagi setiap gred tanpa mengira prestasi keseluruhan kohort pelajar.
Menyentuh punca utama prestasi buruk Malaysia dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2025, Wong berkata masalah pembelajaran yang bersifat sistemik menjadi punca, bukannya manipulasi peperiksaan.
Beliau menjelaskan dapatan Pisa menunjukkan pelajar Malaysia menghadapi kesukaran ketara untuk mengaplikasikan konsep matematik dan membuat penaakulan dalam situasi yang tidak pernah dihadapi. Selain itu, terdapat ketidakpadanan antara opsyen mata pelajaran guru dengan mata pelajaran yang diajar serta kemerosotan sokongan akademik ibu bapa di rumah.
“Data Pisa menunjukkan peratusan pelajar yang berbincang tentang hal sekolah dengan ibu bapa sekurang-kurangnya sekali seminggu menurun daripada 46% pada 2022 kepada 34% pada 2025,” katanya.
Beliau menambah kementerian akan menerbitkan analisis terperinci keputusan Pisa mengikut negeri dan kategori sekolah sekiranya tahap kebolehpercayaan data mengizinkan.
Wong mengakui kementerian gagal mencapai sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 untuk meletakkan negara dalam kelompok sepertiga teratas penilaian antarabangsa.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan pencapaian penanda aras global kekal sebagai satu daripada 12 sasaran wajib dalam pelan baharu bagi tempoh 2026–2035.
Sebelum itu, Wee berkata purata skor Pisa Malaysia pada 2025 hanya 409 mata, manakala skor Matematik merosot 11 mata berbanding 2022 kepada paras terendah pernah dicatatkan, iaitu 397 mata.
Beliau menambah, memandangkan pelajar Malaysia mencatatkan skor melebihi purata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dalam aspek sifat ingin tahu, ketekunan dan penghargaan terhadap sekolah, kemerosotan skor itu mencerminkan kegagalan dasar institusi dan bukannya sikap tidak peduli dalam kalangan pelajar.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today19:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.