
Isu boikot tidak gugat semangat NU Fest
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Ketegangan hubungan Malaysia dan Indonesia tidak seharusnya menjadi penghalang kepada penyatuan menerusi muzik, sebaliknya seni itu mampu menjadi jambatan yang mengeratkan hubungan masyarakat kedua-dua negara. (Berita Harian, 09:04)
Read the reporting
1 report
Isu boikot tidak gugat semangat NU Fest
KUALA LUMPUR: Ketegangan hubungan Malaysia dan Indonesia tidak seharusnya menjadi penghalang kepada penyatuan menerusi muzik, sebaliknya seni itu mampu menjadi jambatan yang mengeratkan hubungan masyarakat kedua-dua negara.
Wakil penganjur NU Fest 2027 daripada COMs Creative Studio, Zairul Addry Helmy, berkata pihaknya yakin muzik mempunyai kekuatan menyatukan masyarakat tanpa mengira perbezaan negara, sekali gus mewujudkan ruang untuk peminat berkongsi minat dan pengalaman.
Katanya, penganjuran festival muzik yang turut membabitkan artis Indonesia membuktikan hubungan antara peminat kedua-dua negara masih mempunyai ruang untuk diperkukuh menerusi seni dan hiburan.
"Kita tidak takut kerana kita bermain muzik dan muzik menyatukan. Jika perkara seperti itu (boikot) berlaku, sudah tentu semua konsert di Malaysia akan terjejas.
"Namun, saya rasa itu bukan masalah kerana menerusi konsert seperti ini, orang Indonesia juga datang ke Malaysia. Begitu juga apabila artis Indonesia mengadakan konsert di Jakarta, kita turut pergi ke sana.
"Itu menunjukkan wujud kedamaian dan penyatuan di sebalik semua ini kerana kita serumpun," katanya ditemui pada majlis sidang media Nu Fest 2027 di sini, baru-baru ini.
Mengulas pembabitan kumpulan Indonesia, Nidji, dalam NU Fest 2027, Zairul berkata, karya kumpulan itu dekat di hati peminat Malaysia kerana mengetengahkan mesej positif berkaitan kedamaian, percintaan dan persahabatan.
Katanya, kekuatan muzik Nidji bukan sahaja terletak pada lagu yang mudah diterima pendengar, malah mesej yang dibawa turut menjadi antara faktor kumpulan itu terus mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan.
"Lagu-lagu Nidji selalunya menggambarkan kedamaian, percintaan dan teman sejati. Sebab itu mereka sentiasa dekat di hati masyarakat Malaysia.
"Mereka juga sering dipanggil kerana muzik yang dibawakan mampu mendamaikan keadaan," katanya.
Justeru, pihak penganjur berharap NU Fest 2027 dapat menjadi ruang untuk peminat dari pelbagai latar belakang berkumpul dan menikmati muzik dalam suasana harmoni.
NU Fest 2027 dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka pada 30 Januari 2027, dengan mengangkat konsep Music, Culture & Community sebagai teras utama penganjurannya.
Festival itu bakal menggabungkan persembahan muzik, aktiviti kreatif, ruang niaga serta peluang untuk pengunjung berinteraksi dan mencipta kenangan bersama.
Lebih daripada sekadar konsert yang menghimpunkan barisan artis, NU Fest 2027 menyasarkan untuk menjadi destinasi gaya hidup yang menawarkan pengalaman menyeluruh, bermula sebaik pengunjung tiba di lokasi sehingga mereka menikmati persembahan di pentas utama.
Inspirasi penganjuran festival itu tercetus daripada perkembangan festival muzik antarabangsa yang semakin menjadi sebahagian daripada budaya dan gaya hidup, dengan menawarkan pelbagai aktiviti di luar persembahan pentas.
COMs Creative Studio bersama AKE Seni mahu membawa pendekatan itu ke Malaysia dengan identiti tersendiri, sekali gus menyediakan ruang kepada golongan muda untuk berkumpul, menikmati muzik dan meneroka kreativiti.
"Kami tidak mahu NU Fest 2027 dilihat sebagai konsert yang mempunyai ramai artis sahaja. Sebaliknya, kami mahu pengunjung datang lebih awal, menikmati suasana festival, meneroka karnival dan aktiviti kreatif sebelum menyaksikan persembahan di pentas utama.
"Konsep kami sangat mudah, iaitu Music, Culture & Community. Kami mahu NU Fest 2027 menjadi tempat golongan muda berkumpul, berseronok dan mencipta pengalaman bersama," katanya.
NU Fest 2027 bakal menampilkan barisan artis daripada pelbagai genre dan latar muzik, termasuk The Changcuters, Dukes, Lokarya, The Beretta's, Saja dan Monosterio, selain kemunculan istimewa Band D_Va.
Nidji dan Masdo turut disenaraikan sebagai antara tarikan utama festival berkenaan, dengan Nidji dijadualkan mengadakan persembahan selama 90 minit.
Zairul berkata, pemilihan artis dibuat berdasarkan kepelbagaian genre muzik, kekuatan kelompok peminat, tenaga persembahan serta kesesuaian dengan identiti festival.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.