Malaysian Attention Engine
Live wire
59Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47Hakim Danish jadi tarikan, 80 peratus tiket MotoGP Malaysia 2026 terjual46Orang utan rescued in Indonesia fires ‘walked through’ flames, says nonprofit CEO46Waspada pakej umrah, haji tawar harga tidak munasabah - Zulkifli41Politics : DAP Not Responsible For N.Sembilan Political Turmoil - Loke39General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am39Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar38General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings37Jerebu: Malaysia tunggu maklum balas Indonesia berhubung bantuan - Ahmad Zahid37General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia35Firefly batal semua penerbangan berjadual Subang-Singapura dari 10 hingga 12 Oktober35CEO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusof meninggal dunia
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Isu MUA warga asing, pihak berkuasa diminta pantau

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 16:55 MYTLatest activity 11 Oct, 16:55BMconfidence 60%

What happened

Isu MUA warga asing, pihak berkuasa diminta pantau (Harian Metro, 16:55)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Isu MUA warga asing, pihak berkuasa diminta pantau

By Ridzuan Abdul Rahman · 11 Oct, 16:55 MYT

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jurusolek selebriti (MUA), Deq Sha mempertikai kehadiran jurusolek dari luar negara yang didakwa bebas bekerja di Malaysia tanpa sebarang permit kerja.

Menerusi hantaran di Threads, Deq Sha atau nama sebenar, Muhamad Shahrul Azlan berkata, kemasukan mereka tanpa kawalan secara tidak langsung akan menjejaskan rezeki ramai jurusolek artis tempatan.

Ketika dihubung, Deq Sha memaklumkan dia sebenarnya tidak menghalang kemasukan jurusolek artis dari luar untuk mencari rezeki di negara ini.

"Kalau datang dengan cara yang betul, okeylah. Kita tak ada masalah pun kerana masing-masing mencari rezeki halal. Kita nak pergi tempat orang pun macam-macam syarat dikenakan.

"Sebagai jurusolek artis yang senior, kita bersuara disebabkan jurusolek seperti dari Thailand dan Indonesia datang bekerja dan bermastautin di Malaysia.

"Dan kita nak tahu dia ada permit atau menggunakan visa untuk bekerja di Malaysia. Itu saja sebenarnya kita nak tahu," katanya kepada Harian Metro.

Deq Sha yang sinonim sebagai jurusolek pelakon Erra Fazira, perkara ini memerlukan pemantauan dan tindakan daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen Malaysia dan polis.

"Kita risaukan benda ini melarat sampai kan nanti mereka ingat mudah saja nak bekerja di Malaysia. Tak ada permit pun boleh duduk bermastautin.

"Walaupun menggunakan pasport atau visa pekerja asing atau pekerja yang lain, tapi dia buat mekap dan ia macam kita mengalu-alukan benda (jurusolek asing) itu.

"Bagi saya yang sudah berada dalam bidang ini hampir 25 tahun, situasi ini amat merisaukan sebab keadaan di Malaysia atau di Kuala Lumpur agak terhad," katanya.

Menurutnya, tidak kira mereka bekerja sepenuh masa atau secara sambilan, tapi matlamatnya ialah mahu mencari pendapatan untuk keluarga.

"Malaysia ini memang suka mengalu-alukan produk-produk daripada luar. Ia tidak salah, tapi sebenarnya untuk masuk menimbulkan kerisauan.

"Ada juga pertandingan ratu cantik yang menggunakan jurusolek dari luar. Bila kita tengok dia punya media sosial, rupanya make up artist ini tinggal di Malaysia dan menggunakan nombor telefon Malaysia.

"Kita tak tahulah sama ada dia adalah warganegara, tapi kita tahu dia adalah rakyat negara jiran. Itu baru satu. Ada ramai lagi yang masuk, anjur kelas dan macam-macam lagi," katanya yang mengharapkan isu ini segera diberi perhatian serius.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:00
Latest 17:22 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 16:55 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    16:55

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.