
Isu tular Hospital Jitra, usaha kurangkan masa menunggu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah melaksanakan langkah penambahbaikan bagi mengurangkan masa menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jitra, dekat sini. (Kosmo!, 19:56)
Read the reporting
1 report
Isu tular Hospital Jitra, usaha kurangkan masa menunggu
ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah melaksanakan langkah penambahbaikan bagi mengurangkan masa menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jitra, dekat sini.
Ia susulan beberapa hantaran serta video tular berkaitan penyampaian perkhidmatan di hospital itu.
JKN Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum kebimbangan orang ramai, khususnya berhubung masa menunggu pesakit dan dakwaan mengenai anggota bertugas.
“Berhubung dakwaan anggota tidur ketika bertugas, hasil semakan mendapati anggota terbabit sedang menjalankan tugas seperti yang ditetapkan.
“Sementara itu, satu lagi video yang tular dikenal pasti sebagai rakaman lama sempena sambutan hari raya pada Mac lalu selepas anggota terlibat selesai bertugas,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pesakit yang mendaftar di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jitra pada pukul 7.30 pagi, 9 Oktober lalu didapati meninggalkan jabatan itu sebelum dipanggil untuk mendapatkan rawatan.
“Pesakit berkenaan dikategorikan sebagai kes zon hijau atau bukan kritikal selepas saringan klinikal.
“Ketika itu, pasukan perubatan sedang merawat seorang pesakit kritikal di zon merah dan dua pesakit separa kritikal di zon kuning,” ujarnya.
Menurut kenyataan itu, pesakit berkenaan telah dimaklumkan bahawa keutamaan rawatan diberikan berdasarkan tahap kecemasan sebelum dipanggil pada pukul 8.36 pagi, namun didapati telah meninggalkan jabatan tersebut.
JKN Kedah menegaskan komitmennya untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan bagi memastikan rawatan kesihatan yang selamat, cekap dan berkualiti. – KOSMO! ONLINE
The post Isu tular Hospital Jitra, usaha kurangkan masa menunggu appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!19:56
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.